Tuesday, October 18, 2016

Mengemas & Susun Atur: Pakaian Harian

Hari Ahad, sambung pulak memunggah 2 toyogo 

Pakaian harian saya dan nizam

Nizam punya toyogo peach
Saya punya toyogo grey (dari zaman blajo MMU dulu lagi heh!)



Kitorang ni malas nak turun naik tangga yer!
Sebab tu la pakaian harian kami 4 beranak letak bawah jer
Pakaian jalan-jalan baru letak kat bilik atas

Nampak tak, betapa tahap super saiyaaa-nya malasnya kitorang.
Ko mampu lawan tak? Hhahaa.

Sebab tu, saya berdoa sangat
Semoga bila dah stabil nanti
Kitorang mampu beli rumah setingkat atau buat umah sendiri
Sebolehnya doa sangat, taknak umah 2 tingkat
Malas nak turun naik, dan rasa tak fully utilised tingkat atas.
Biar umah kecik dan setingkat jer, asalkan sesuai dengan kami.

Eh, ke lain pulak ceritanya
Apa pun, mohon doakan yer :)



Ni baru punggahan keluar daripada toyogo saya.
Selesaikan satu per satu. 



Dah siap saya punya, baru keluarkan nizam punya.
Siap dedua dalam 2 jam jer.

Itu pun banyak yang saya buang mana-mana memang tak pakai.
Nak sedekah kat orang, rasa tak sesuai dah.
Yelah, kalau boleh sedekah tu kasik la yang masih semenggah dan baru.
Bukan tahap kita memang taknak sebab dah kusam atau too out-dated.
Gitu le pendapat saya kalau bab sedekah pakaian ni.

Okey, dalam minggu ni ada lagi aktiviti mengemas.
Antaranya:


*Dapur
*Ketiga-tiga bilik

Yang bilik, nak kena kemas almari yang letak langsir
Pergh... bersepah dan bercampur aduk dah!

Okey, jumpa lagi :)

No comments: