Thursday, October 13, 2016

Modal Kecik, Tapi Usaha Mesti BESAR!

Assalamualaikum peeps!

Sekarang ni, bersepah-sepah peluang bisnes Dropship.
Tinggal kita nak pilih jer nak jual apa
Produk kesihatan & kecantikan, makanan, pakaian, De'Xandra (eh!)
Just named it, macam-macam hado.

Ada yang perlukan modal
Atau dipanggil Commitment Fees
Dan ada yang FREE jer.
Pilih jer, nak yang berbayor atau free

Biasanya yang ada commitment fees ni,
Kita akan diberikan produk.
So, tak rugi pun.

Lagi pun nak bisnes ni, elok kena 'berbayor'
Kalau FREE jer, usaha pun biasanya 'free' jugak
Sebab apa? Sebab kita tak rasa ada commitment
"Ala, tak kuar modal pun, tak jadi pun takpelah, bukan rezeki aku dalam bisnes ni"
Amboiii... caner nak nego ni kalau attitude macam tu... huhuuuuuu.

Dropship ni, biasanya modal kecik.
Sebab tu ramai yang join, tapi tak ramai yang usaha sungguh-sungguh
Malah, lagi kelakar seram, join dropship sebab nak beli dengan harga dropship
Bukan nak berbisnes, tapi nak beli untuk guna sendiri.

Tu suka hati korang la kan.
Tapi, pada saya yang mata RM ni... hahaha
Rugi sangat!

Sebab bisnes dropship ni lubuk duit yang 'senang'

Sebab senang tu la ramai yang ambik senang
Taknak usaha lebih, sekali dua promote dah stop
Bila ada rejections, sekali dua jer pun, dah patah hati
Mulalah meratap bucu sopa.
"Ohhh, daku kiciwa, bisnes ni bukan ditakdirkan untuk aku"

Hahhaha, banyak la ko punya takdir!
Cuba tanya orang-orang yang dah berjaya
Yang juga bermula dari bawah, macam mana 'perjalanan takdir' dorang
Senang ke?
Berapa kali depa promote, apa ilmu depa blaja?
Macam mana mereka lalui, jatuh bangun, suka duka dorang
Modal hangus, kena kelentong ke, eh... macam-macam la

Kita ni manusia, memang
Suka tengok yang berjaya, yang manis-manis jer
Sebab tu yang orang suka tayang kan? Hhahahha
So, tak salah kita pun ahaks!
Ni umpama kita tengok drama Tuan Anas Mikail la
Ko anak orang gaji, tetiba dapat kawen ngan orang kaya kan
Dan ko pun memang asalnya anak orang kaya.

Haaa... mula la berangan tu. Hihiii.

Sama jugak dengan bisnes Dropship ni
Tengok orang berjaya buat, kita pun nak
Mula-mula semangat berkobar-kobar ni
Tapi... akhirnya?

Sayang tau jika tak ambik peluang yang ada dan buat sungguh-sungguh
Dari rumah pun boleh buat
Menyambil jaga family, menyambil bisnes

Gunakan media social yang ada jika tak suka offline style
Saya tak suka jual offline, sebab saya tak suka jumpa orang aahahha
So, saya gunakan blog, fb dan IG.

Kalau nak ikut putus asa, lama dah
Nak ikut malas...eh, tanyalah nizam betapa pemalasnya bini dia ni

Tapi, bila kita ada BIG WHY kenapa perlu bisnes?
Kita akan redah jer.

Malas tu akan terbang sepantas kelajuan cahaya bila sales masyukk tau hahah
Tapi, sebelum tu... naklah usaha sungguh-sungguh

Modal kecik, kalau usaha pun kecik... dan kekadang stop terus
Memang kirim salammm la

Join la bisnes apa pun, kalau attitude kita sama
InsyaAllah tak ke mana ehhehhee.

Buat slow-slow
Jangan anggap hari ni join
Esok lusa promote, takder sales.
Mulalah nak down tak tentu pasal.

Kalau saya nak down... sejak dah 6 tahun kerja
Dan saya tak muhasabah mana silap saya dalam bisnes dulu
Lama dah kerja saya tiap-tiap bulan kira bila laki gaji dan elaun masuk
Siap tanda kat kalendar, pastu tadah tangan hahaha

Oh no! saya taknak jadi macam tu.
Selagi ada daya upaya, saya nak usaha sendiri

So, uols... apa jua bisnes yang korang buat
Especially as dropshipper atau agent ke, stokis ke
Usaha tu kena konsisten.

Jangan pandang hasilnya, tapi nilai dulu setakat mana usaha kita.
Allah tak pernah kejam pada hambaNya.
Tapi, setakat mana kita nak bantu diri kita sendiri?

Fikirkan... :)

No comments: