Salam Maal Hijrah

Bersiaran langsung dari rumah ibu mertuaku.
Bukak tingkap jer, nampak pemandangan indah macam ni
Sejuk mata memandang. Best kan dok kampung.


Plan asal, nak bertolak balik dalam pukul 11 am
Tapi, mak cakap tunggu dulu nak masak pengat labu
Nak kirim sekali kat kakak dan adik nizam.

Dah siap dah susun-susun barang letak tepi pintu.
Takpe, tunggu je lah. 
Kalau dah lepas zuhur, sesilap nizam membuta pulak haha
Dia tu bukan leh caya sangat kalu bab tidur

Ni, anak-anak sibuk tengok tv
Dania & Hariz seronok la cousin dia ada sorang sini
Balik sesama hari ni.

Nizam pulak baru terhegeh-hegeh nak buat report
Minggu ni dah last dia belajar
Tammat sudah episod dia kursus kat ILSAS selama setahun
Pasni, dia akan kerja macam biasa
Harap kewangan bertambah kukuh hahahha

Setahun dia belajar, rasa seksa jugak
Syukur ada rezeki daripada bisnes De'Xandra dan blogging

Rasanya tahun ni, lapang bab kewangan saya
Berbeza sangat dengan zaman kerja dan bisnes sebelum ni
Mungkin saya akan share dalam entry lain pasal ni

Macam mana saya setelkan hutang credit card
Macam mana saya capai wishlist saya shopping :P
Macam mana sikit sebanyak saya bantu family
Dan, macam mana saya manage kewangan sebagai WAHM
Juga... bagaimana saya buat saving yang tak pernah terjangkau
Dek fikiran saya dapat buat camtu.
Zaman kerja dan biz PB dulu pun tak saving camni.
Mungkin masa tu takder kesedaran lagi nak saving kot heh.

InsyaAllah. Dengan izinNya dan usaha tak putus asa
Pasti boleh!


Apa pun, semua dengan izin Dia
Saya dah selesa dengan bisnes De'Xandra
Walaupun takder impian nak jadi stokis
Syukur dengan dengan apa yang saya buat dan nikmati
Saya nak bisnes dan jana income dengan santai dan enjoi
Saya taknak tekanan, sebab ia boleh effect personal life dan family

Pada saya, asalkan dapat daily cash, dapat bayar komitment,
Dapat tolong family, dapat saving, dapat reward diri
Dapat sedekah dan zakat
Tu dah memadai.

Takmau bisnes sampai stress dan terlalu bizi
Bersyukur dengan apa yang ada
Berusaha selagi terdaya
Dan selebihnya?
Saya nikmati saja dengan rasa syukur alhamdulillah.

Salam Maal Hijrah.
Semoga tahun ni adalah tahun berkat buat kita
Seandainya ini tahun terakhir kita di dunia ini
Semoga Allah menerima kita dengan rahmat
Dan keadaan yang paling Dia redhai.

Selagi nyawa masih dibadan
Berhijrahlah. Berjuanglah, dan berkorbanlah.
Dunia ni tempat bersusah-payah.

Jangan mudah putus asa!

Sekian bebelan dari rumah ibu mertuaku :P

Comments

Popular posts from this blog

De'Xandra Perfume: Top 10 Selling

Idea Deko| Dilema Rumah Sempit?

Resepi Solok Lada Original Terengganu