Tuesday, November 29, 2016

November 29, 2016

6 Tips Wangian bagi Jejaka Maskulin

MINYAK wangi bagi lelaki adalah identiti mereka. 

Jaranglah orang lelaki menukar haruman berbanding wanita yang mempunyai rangkaian wangian yang pelbagai. Kaum Adam percaya pada satu haruman yang cukup kuat bertindak sebagai simbol kehadiran mereka. Paling banyak pun, lelaki akan menyimpan tiga jenis minyak wangi untuk “acara” yang berbeza.

Memilih minyak wangi yang sempurna bagi tubuh anda merupakan proses eksperimen berbentuk peribadi. Ia memerlukan kesabaran namun selepas menemui yang bertepatan dengan selera, ia amat berbaloi.

Berikut ialah 6 Tips Wangian bagi Jejaka Maskulin dalam pemilihan bau Wangian














Selamat ber-eksperimentasi untuk mendapatkan wangian yang palinggg sesuai buat anda atau pasangan anda.


Nak cuba De'Xandra Perfume?

Anda boleh hubungi saya:
Ayu Rashid
013 - 255 0727

Monday, November 28, 2016

November 28, 2016

Dulu Sombong...

Yer... pernah tak kita lihat... orang yang ader terlebih sikit jer duit taknak pakai barang barang biasa ni.. nak juga yang original...
Harini nak buat pengakuan ni.. hehe.. saya tergolong diantaranya.. yes saya jual perfumes dexandra.. masa awl2.. memang tahu perfumes ni setanding dan ketahann nyer lama kekal.. tapi kan.. bila kita dah jual kemudian dan dah ader duit sikit... mulalah hati tu digoda.. " perfumes original lebih tahan lama.... nak beli lah "....
Dalam tempoh setahun mengeluarkan dexandra saya ader beli 3x perfumes original.. ya saya mcm betray n tak gunakan produk saya sendiri...sombong...tapi, dalam perjalanan mendapat kepercayaan & keyakinan pada produk sendiri tu.. saya belajar sesuatu...
Saya mula sedar.. duit saya burn rm3++ dan ader satu saya beli & rm7++, saya bakar duit sendiri.. tapi saya pandai.. saya beli yg dexandra tiada...hehe.. satu hari, supplier hantar perfumes yg saya beli original untuk dexandra.. then.. saya mula try.. harini pakai dexandra.. esoknya pakai yang original.. saya ketawa sendiri... 
SEBAB:
1) baunya sama.

2) lastingnya pun sama.. kekal lasting...
Dan saya terdetik dalam hati.. ena ko ni kelakar.. ko yakinkan n percaya kan orang.. tapi lepas beli 3 bottle baru ko betul2 yakin dan percaya.. kau sombong pada produk sendiri.. heheh


Sejak dari itu.. saya adalah pengguna tegar dexandra.. tak berpaling lagi.. setahun memberikan saya hidayah dan balik ke jalan yang lurus...
Dan semalm borong lagi dexandra.. mcm2 bau.. yang floral, fruity, musk, woody, semua ada... tgk keadaan lah nak pakai biler waktu yg sesuai sampai tido pun pakai bau2 yang lembut... hehe.. jimat dah kan... bau yang mahal pun ada... penuh rak perfumes ...
Ikhlas tak pengakuan ni? Dan memang betul orang jual tak semestinya pakai.. tapi sekarang tak sombong lagi... hehe.. akulah pengguna paling SETIA...!!
P/S: uoulssss pakai perfumes aper arini?? Cer shared

CREDIT TO: Puan Ernayanee Nur Julaimi (De'Xandra's Founder)

Friday, November 25, 2016

November 25, 2016

Pokok Money Plant Jurai-jurai

Hari Ahad lepas, kitorang pegi Tesco nak beli buah-buahan
Semata nak beli buah, pegi Tesco hahaa
Susah nau nak beli buah kat kedai runcit dekat rumah ni
Hariz & Dania suka sangat epal ijo
So, rombongan En Nizam pun terkedek-kedek la ke Tesco

Bila pusing-pusing area sayur dan buah
Ehhh, nampak ada pokok bunga laaa
Takder la banyak, dalam Tesco jer kan

Sekali, ada la beberapa pasu pokok money plant!
Padahal baru jer minggu lepas beli 2 pasu kat nursery
Ni beli sebab pokoknya berjurai-jurai
Walaupun pokoknya takder la subur mana
Tapi disebabkan 'jurai-jurai' tu, nak ambik jugak!


Bila nizam tengok pokok tu masa dia nak letak dalam kereta
Dia cakap:
"Pokok bunga nak mati pun beli keee?"

Hhahaha, buta seni tu... biarkan dia
Dia tatau disebabkan jurai tu yang bini dia berkenan
Harga pun ok jer RM8.99


Dah kat rumah esoknya tu, basuh dulu daun kasik bersih dan kilat sket
Then, ambik jer bakul ni
Pusing-pusing, bakul dan pasu sama sudaaa hhehee.




Sumbat surat kabor lama dalam bakul dulu
Dah dapat kedudukan sesuai, baru letak pasu
Jurai-jurai daun tu, betul-betulkan sampai jadi cantik








Sementara, letak dulu kat rak tv
Biasalah, saya ni cepat boring
Nanti ke mana-mana ajer akan diletakkan
Siap tukar-tukar vase lagi nak nampakkan kelainan
Memang takder keje carik keje :)







Ni tatau la berapa lama buleh hidup
Rasa nak kena tukar pasu dan tambah tanah
Itu pun kalu rajinnnnn :P


Senang jer kan nak deko hijau-hijau dalam rumah dengan bajet ciputt jer
Kalau korang tangan sejuk dan rajin menanam
Buleh jer tanam banyak-banyak pokok money plant ni
Senang membiak dan senang jaga

Erkk... tapi kenapa pokokku selalu mati?
Dan kalu hidup pun sendu jer hahahaa

Takper, janji passion tu ada dan semangat tak pernah hilang
Cuma duit jer la asik melayang jer demi sebuah hobi yang tak menjadi, ahaks!

Thursday, November 24, 2016

November 24, 2016

Pokok Bunga di Laman

Ni gambar lama, tahun 2013... masa baru-baru lagi pindah dok Semenyih.
Laman sekangkang kera ni masih ala-ala kemas lagi
Pokok pun masih kecik-kecik lagi.






Ada yang beli kat nursery dan ada yang ambik dari Besut
Pokok betik pun ada sepokok, abah nizam tanamkan.
Tapi, tak sempat nak merasa buahnya
Hamba Allah mana la tolong petik dulu
Tak sempat tuan tanah kedaung nak merasa hahaha.
Muda belia lagi betik tu, dah kena petik
Nak buat buah betik masak lemak cili api kot :P



Sekarang ni, dah banyak pokok bunga kat laman ni
Banyak dan berserabut sebab tak jaga elok-elok!

Memang malasnya nak menjaga
Dah ajak nizam pergi beli bata-bata dalam 20 bijik
Nak susun, pastu susun pasu pokok ni atas bata tu supaya kemas
Tapi dia buat derk ajer huhuuu

Dia dah tau tu
Kalau beli bata-bata tu, dia juga kena jadi tukang angkat dan susun pasu
Hhahaha, tu dia buat derkk ajer
Sabor jer laaa.

Cuti sekolah ni, kena jugak buat
Susun elok-elok. 
Biar ada rupa taman mini. Cewah!

Tapi pokok ketapang brazil tak berani letak kat luar
Kanggg ilangggg
Maklumlah, dah ada pengalaman pokok bunga sepasu kena rembat

Mana-mana pokok biasa-biasa tu boleh la letak luar
Ini bukan senang oiii nak dapat ketapang brazil
Makan tahun mengidam baru ku dapat!


Tadi cuba snap gambar laman bersepah tu
Tapi camera hp pulak henggggg.
Next time saya snap saya share kat sini
Berdarah mata tengok tahap sepah tuh

Takper ambik mood nak tunjuk
Lamanku 'Sebelum & Selepas' make over gitu

Tapi... tatau la bila zaman akan terjadi kerajinan itu hahaha
Lagi skang ni musim mendung dan hujan jer
Tanah asyik basah dan lembab ajer, malas nak buat kerja kat luar tu



*Eh, saya dah ubah kedudukan SOHO tau
Nanti saya share.

Wednesday, November 16, 2016

November 16, 2016

Deko Ruang Menonton dengan Pokok

Bersambung lagi entry kita yer puan-puan dengan pokok ketapang brazil dan pasu Ikea. Hhahaha, naik menyampah korang kan? Well, bila takder apa nak sharing di blog, sebab hal family saya dah decide untuk kuranggggggkan sharing. Maka, kita sharing pasal deko dan pokok sudaaaa.

Ni pokok ketapang brazil kedua selain yang saya dah letak kat SOHO. Yang ni, pokoknya lebih tinggi dan gebu berbanding yang kat SOHO. 

Pasu cantik cun meletops belum beli lagi. Pelapik pasu pun takder lagi. Maka lapik ajerlah dengan surat kabar lamaaaaa.
Nanti nak beli batu-batu letak dalam pasu, kasik lagi cun gitew.

Ni pulak, 2 bijik pasu ikea
Pasu ke apa ntah namanya, tak tau la
Material daripada besi, so tak risaulah pecah ke apa
Hariz suka sangat sembunyikan remote tv dalam ni
Pastu, siap pakej dia ambik bawak jalan-jalan dalam rumah
Kan pasu ni ada tangkai pemegang tu, jakun la dia.
Tapi, pandai pulak dia, dah puas main dia letak elok-elok semula
Mau tak pandai, kang mama dia bertukar jadi hijoooo bila sepah-sepah!


Pasu ni, dibiarkan kosong ajer pun cantik tau.
Letak bunga artificial atau bunga kering pun cantik.


Saya suka deko yang simple jer. Lagi pun, malas nak ada deko items banyak atau kecik-kecik. Nanti jadi tempat kumpul habuk jer. Maklum ler, malas nak mengelap kan :P
Cenggini dah cukup!







Semoga bertahan lamalah yer wahai pokok.





Tepi belah kanan ni, memang tempat letak bakul mainan Hariz
Sepah la nak sepah pun belah sini hehe.
Area pokok sana dia tak kacau. Dah besar kan, paham mama dia camner :P
Nak main boleh sepah-sepah pun, lepas tu... sila kemas semula. If not, elok jer nanti mainan tu masuk dalam plastik black. Tau dia sayang mainan, memang lepas main dia kemas!


Gambar blur-blur pulak.
Apa ntah masalah setting camera kat hp ni
Nak godek tak reti dan malas hahaha.
Boleh la, malas nak snap semula. 

Okey, jumpa lagi. Daaaaaaaaaa!





Sunday, November 13, 2016

November 13, 2016

Deko Ketapang Brazil Ikea dalam SOHO AyuRashid

Pandai Personal Shopper Aisha Scha pilih pokok ni
Ketinggian berbeza dan gebu daunnya


Nasib baikla saya tak pegi sendiri kan?
Kalau tak, memang rambang mata la daku.

Bukan setakat ketapang brazil jer dibeli, tapi macam-macam!
Tu nizam taknak pegi tu hahaha.



Ni versi dah siap masuk pasu dan dah sampai kat rumah pun.
Malam Nizam terus letak dalam rumah.
Sebab takut jadik 'toilet' si Ara & Zorro pulak!


Sehari dua lepas tu, baru saya suh Nizam angkat bawak naik kat SOHO.
Yang ni pokok yang rendah.
Yang lagi tinggi tu, letak kat tepi tv.

Lupa terus nak beli pelapik pasu plastik sekali
Kan dah kena letak macam ni jer dulu huhuuuu.




Saya letak tepi meja belajar Hariz. 
Tak letak atas karpet, kan abes kotor karpet ku.
Nanti nak beli batu-batu hitam putih 
Letak dalam pasu ni, lagi kemas dan cantik.




View dari workstation saya.
Sini sesuai letak pokok, sebab bila pepagi cahaya boleh masuk.





Gebu daunnya.
Semoga dapat la bertahan lama dan akan tumbuh anak-pinaknya
Amboii... tinggi impian tuh hahaha.

Lagi sepokok yang kat sebelah tv nanti saya share
Tak semenggah jugak lagi hasilnya
Kena beli pasu lawa-lawa sumbat dalam tu baru cun.

Boleh la untuk sementara waktu.


Saturday, November 12, 2016

November 12, 2016

Deko Pasu Ikea: Pokok Money Plant & Lidah Mak Mertua

Saya mula-mula tengok bekas ni kat butik Jaja Kalam
Dia punya kaler putih, cantik!
Ingatkan tong cat hahaha. Rupanya beli kat Ikea hihi

Oh! Namanya Socker Bucket/plant pot.

Ni sebenarnya ala-ala baldi kan
Buat isi air untuk siram pokok gitu
Tapi, zaman skang kan... semua buleh di inovasikan :)

Warna putih takder, yang ada maroon dan itam jer.
So, saya pilih kaler itam.


Saya beli yang saiz rega RM39.90.
Plan asal nak letak pokok ketapang brazil dalam ni
Rupanya kecik, tak sesuai untuk pokok ketapang huhuuu.




Papaja Plant pot ni memang dah biasa sangat
Saya dah ada kaler merah beli masa dok Shah Alam lagi
Ala, yang dah pecah sikit tuu bila saya terrcampak bila ada cicak dalam tu haha
Sib baik sikit jer pecahnya, still boleh guna lagi.

Pastu, ada 3 bijik lagi saiz lagi comel

Ni ingatkan sama saiz dengan yang kaler merah
Rupanya lebih kecik
Susah sket la nak isi pokok idup yang ada kat umah ni
Sebab kebanyakan saiz pasu pokok sediada ni ngam dengan saiz yang kaler merah
Sib baik ada jugak saiz pasu yang boleh muat dengan pasu ni
Pokok lidah mak mertua.
Money plant, takder yang muat





So, macam mana saya deko kedua-dua jenis pasu ni dengan pokok untuk letak dalam rumah?

Saya beli 2 pokok money plant kat nurseri masa beli tanah + pasu dan terus mintak aunty nursery tanam pokok ketapang brazil (dah cerita dalam entry sebelum ni.



Balik rumah tu, cuci dulu sket daun-daunnya. Kasik nampak bersih sket.
Siap ada jurai-jurai walaupun tak cukup meriah juraiannya. Boleh laaa.



Dalam socker pot ni, saya sumbat surat khabar lama
Pastu, letak 2 pasu pokok money plant dalam tu
Adjust la banyak mana nak kena letak surat khabar dalam tu.
Kasik kedudukan pokok money plant nampak elok gitew

Jurai-jurai tu yang kasik kesan dramatik (la sangatttt)


Ala senang jer kan... korang pun mesti boleh buat
Kalau berkenan, cecepat gi beli tau hehehehe.


Ini pulak, saya tunjuk terus pokok lidah mak mertua dalam Papaja pot
Then, just letak ketiga-tiga pokok ni atas console table aka console workstation saya.







View dari reading area saya dan dania
Kitorang berebut dok kat wing chair ni bila mengopi sambil tengok tv

Dan... inilah feveret area saya selain SOHOAyuRashid

Home... where the heart is. Gitew!

Friday, November 11, 2016

November 11, 2016

Deko dengan Pasu Ikea: Hijau di Dapur

Saya beli 4 jenis pasu dengan servis personal shopper IKEA Aisha Scha
Tak tau la nama betulnya apa, semua saya sebut pasu jer hehehe

Saya akan share caner saya deko pasu-pasu ni one by one.





Pasu ni saya just sumbat dengan dedaun hijau tipu-tipu jer
Lama punya dedaun ni, beli kat Jusco Mid Valley tahun lepas.

Ada 3 bijik pasu jenis besi waja ni
Pokok ijau ni ada 6, so setiap pasu tu dapatlah letak sama adil
2 pokok = 1 pasu. 




Lipat ajer batang pokok kasik pendek. 
Sumbat masuk pasu
Setel!




Saya letak kat dapur.




Ini dekat dengan sinki dan dapur gas
Kalau berhabuk atau kena percikan minyak takper
Pokok dan pasu ni senang cuci
Tak jadi masalah negara pun hehhee.


Next... gambar pasu-pasu lain tu pulak yer.
Hehheee, mood rajin mengemas, susun atur, deko-deko dah ada

Okey jumpa lagi :)

Wednesday, November 9, 2016

November 09, 2016

Salah ke jadi surirumah berkelulusan tinggi?

Dulu-dulu la kan
Jika seseorang pompuan pegang title 'surirumah'
Ia seolah-olah dipandang lekeh jer
In fact, sampai sekarang pun ada lagi yang berpandangan camtu

Lagi-lagi juga kita ni surirumah yang dulunya blaja sampai U
Ada yang pernah kerja atau tak pernah kerja langsung
Memang sentiasa jadi 'bahan' la orang mengata

"Eh, sayangnya belajar tinggi-tinggi tapi tak kerja"
"Buat rugi jer masuk U, habiskan masa dan duit, hujung-hujung dok ceruk dapur jugak"
"Haa, cuba tengok anak Acik Senah tu, kerja makan gaji, kau blaja tinggi tapi tak kerja"

Haa, kalau nak list-kan kata-kata tu
Berdarah mata baca hahahhaha.

Well, abaikan ajer
Walaupun hati pedih luka menghiris kalbu
Sebab, semua tu sebenarnya memang dah takdir dah
Apa jua keputusan kita ambik, nak kerja atau tak
Tu semua asbab yang kita sebagai manusia nampak dengan mata kasar jer
Sedangkan, semua tu Allah dah atur elok-elok dah.

Biasanya, yang mengata tu, tak menyumbang apa-apa pun
Malah, dia yang nak kita menyumbang kat dia kalau kita kerja
Cuba korang buat bisnes dari rumah
Pastu tetiap bulan hulur-hulur duit kat dia
Haaa, ko tengok la... automatik ayat-ayat kat atas tu bertukar hahaha
Dan-dan ko dipuji okey!
Begitulah lumrah mak-nu-sia. Redha jer la.


Sebenarnya, orang luar (samada family atau anon)
Adalah antara penyumbang tekanan pada surirumah berkelulusan tinggi

Memang perit terima kata-kata tu
Malah kadang-kadang ada yang membezakan
Antara anak-menantu-family yang isterinya bekerja dan tak bekerja

Sebab apa nak beza-beza?
Ntah... mungkin mereka rasa isteri yang bekerja tu berduit, bertitle, hebat
Dapat bantu suami dari segi kewangan
Dan boleh dibangga-banggakan 

"Menantu ko kerja apa Kiah?"
"Anak pompuan ko kerja pangkat apa, kat putrajaya ke?"
"Apa, menantu ko yang belajar tinggi tu tak kerja ke?"
"Menantu ko dah berenti kerja ke, mampu ke anak ko tanggung keluarga"

Ni la mungkin contoh perbualan mak-mak kat kampung kan?
Contoh... saya bagi contohhh :P

Haaa, lepas tu mula la nak membanding-banding dan membeza-bezakan
Yang anak menantu (pompuan bekerja) dapat la layanan istimewa

Pastu, lagi tak menahan
Depan menantu asyik sebut risau anak lelaki dia susah
Tak cukup duit sebab sorang jer kerja
Siap tanya, dah tak nak kerja semula ke... senang sikit nanti

OMG! Macam-macam kan kerenah manusia ni.
Ke ada motif lain dok risau pasal duit ni?

Pada saya
Hal anak menantu ni, takyah la kalut amik tau sangat
Mereka ada la tu perancangan memasing
Kita sebagai ibu bapa ni, restukan dan doakan jer
Semoga Allah permudahkan urusan mereka, lapangkan rezeki
Berkati rezeki dan bagi kebahagiaan untuk anak-menantu-cucu sekalian

Susah tau, kalau manusia hanya nampak rezeki hanya pada kerjaya dan duit
Rezeki ni macam-macam bentuk
Takyah nak tamak haloba dengan duit jer
Sesilap, anak menantu ko yang tak kerja dan ko anggap susah tu la nanti
Yang akan jaga berak-kencing ko masa ko melepek sakit nanti.
Biasanya macam ni la kan?
Well, dah menantu tak kerja kan, banyak la masa goyang kaki hahaha
Yang bekerja tu, bizi dengan kerjaya

Tapi, kalau saya
Jika baik layanan orang tu kat saya dan tak menyakitkan hati
Aku jaga la.
If not... kem salam hahahhaa.

So, surirumah out there.
Sabor jer la dengan spesis manusia camni

Biarlah orang nak kata rugi belajar tetinggi tapi jadi surirumah
Sebab kita dok umah pun kerja, berbisnes
Ada jer pendapatan sendiri
Takkan la nak buat monthly report income kita berapa kan?

Kang buat report, tetiap bulan dapat call mintak sumbangan hahahha
Choiii sangat kan?
So, teruskan dengan apa yang kita dah buat
Jika takder bisnes apa nak buat dan masih buntu?
Jom, join team OhWanginya

Jika rajin usaha dan pastinya dengan izin dan rezeki dari Allah
Takat nak dapat 4 angka sebulan dengan hanya bisnes dari rumah
BOLEH SANGAT!



Dengan commitmnent fees RM150
Kita dah boleh mula berbisnes Dropship De'Xandra Perfume

Haa, buat jer target bulanan nak dapat berapa income
Takyah kalut dengan kata-kata orang okey.
Kita susah belum tentu orang nak tolong
Tapi, bila senang... tengok la saper dulu yang mengendeng nak pinjam duit hehe.

Okey, jumpa lagi :)


Tuesday, November 8, 2016

November 08, 2016

Lawatan Tapak ke Nursery

Tercapai sudah impian nak beli pokok ketapang brazil!
Bertahun dok zikir nak beli kan?
Last sekali, ambik servis Personal Shopper Ikea (Aisha Scha)
Nanti saya share contact PS Ikea ni dalam entry lain
Highly recommend!

Mula-mula, mintak Aisha belikan sepokok jer
Tapi, sehari sebelum tu gatal mintak Aisha belikan lagi sepokok
See, tamak haloba sangat!

Asalnya memang nak sepokok jer dari Ikea punya
Sebab Ikea punya jenis pokok sedahan jer
Since tak jadi beli kat Nursery Keratong, beli jer la Ikea pun lagi sepokok
Haaa, begitulah bermulanya ketamakkanku :P


Ni gambar Aisha snap masa dia kat Ikea
Oh, ambiknya hari Sabtu lepas kat gate ILSAS Bangi
Lepas jer setel urusan kat area Bangi & lunch
Terus jumpa Aisha kat situ, sebab pagi tu jugak Aisha baru shopping
Selain 2 pokok ketapang brazil ni
Ada jugak beli beberapa bijik pot & vase


Ambik jer barang-barang belian dari Aisha
Otw balik ke rumah, mintak Nizam singgah nursery
Ni nursery lain,  bukan yang ketapang brazil rega RM68 tu
Motifnya ialah nak beli pasu nak isi pokok ni siap dengan tanah

Masa sampai hujan renyai-renyai
Kugagahi diri jua jebat demi pasu dan tanah

Dah alang-alang tu
Mintak jer la aunty nursery tu tanam sesiap pokok-pokok tu
Senang kerja, ambik yang dah siap.

Aunty dan anak dia (mandai jer kata tu anak dia haha) cakap
"Pokok ni banyak murah ooo, RM15.90 saja, saya beli kat Sungai Buloh pun jauh lagi mahal"

Terus aku jadik promoter IKEA tak bertauliah:
"Aunty pegi la borong kat IKEA, nanti aunty jual la kat sini, banyak untunggg"

Dia jawab
"Itu laaa, kena pegi beli kat sana laaaa"

Haaa, ampunkan hamba yer andai pokok bunga kat ikea kena borong hahaha.
Saya, kalu bab mempromosi, memang ada bakat hahahha!


Ada la snap beberapa keping gambar 
Sementara tunggu Aunty siapkan tanam pokok dalam pasu.
Gerammmm tengok pokok-pokok kat sini
Kat sini, lagi murah daripada nursery yang ketapang rega RM68 tu.


Next... nak beli pokok yang macam daun kunyit ni haa
Lawa!



Sibuk tengok ikan!




Bestnya kalau laman rumah ada bela ikan camni
Ewah berangan, bela ikan gapi dalam vase dalam umah pun mati haha



Pokok berbunga-bunga camni memang lawa
Tapi tak berani nak beli, seminggu dua, sesilap kiok terus!



Cantik sangat ni



Last but not least, sempat jugak merembat 2 pasu pokok money plant!

Nak sangat yang berjurai kan?
Nah, ambik sepasu ni
Tak banyak pilihan money plant kat sini
So, ambik sepasu yang berjurai, sepasu lagi yang biasa jer
Sepasu cuma rega RM5, murah!


Okey, next entry...
Nanti saya share pasal pokok dan pasu yang saya beli di IKEA ni
Belum deko sepenuhnya lagi
Sebab lupa beli pelapik pasu :P