Friday, November 4, 2016

Bau-bau Cuti Sekolah

Hari ni Dania last paper peksa untuk sekolah agama
Hipp hipp hooreyy la kan :P
Rasa nak pegi rehat-rehat kat memana sebelum cuti sekolah
Bila dah cuti sekolah selalu balik Besut
Atau Nek Jah datang sini.

Bila Nek Jah ada, takleh ke mana-mana dah
Sebab Nek Jah taknak peginya jalan-jalan ni
Yelah, dia dah tak sihat macam dulu
Nak ke sana sini, dia rasa renyah kot

Hariz asyik dok ajak pegi hotel yang pegi dengan Aunty Myra
Haaa, nama wife kawan nizam yang dia sebut hehe
Sebab tahun lepas tak silap, pergi sesama ngan kawan nizam
Tu disebutnya nama Aunty Myra.


Hotel tu sebenarnya Kondo Peranginan TNB PD
Dia nak sangat ke kondo TNB ni sebab ni jer:

Image result for kondo peranginan tnb port dickson
Dia nak swimming pool yang ada gelungsur ni!
Sabor jerlah, sakan mama dia pilih The Pines Melaka bulan ogos lepas
Skali, kondo TNB ni jugak dia kata best!
Hotel (The Pines) tak best sebab kolam takder mainan.
Sadisss betul!

Apa dia ingat senang papa nak dapat booking kondo TNB tu
Takder kroni susah yer hehehehhee.

Kalau ikutkan mama dia
Of course nak ke Melaka lagi!
Tak habis-habis dengan Melaka kan?

Nizam pulak ajak ke PD, nak dok Grand Lexus
Amboii selera besor, pastu suh i belanja hotel
Gituuu... apa ingat bini cop duit heheee
Kang ada pulak orang kata aku dok perabih duit laki
Asyik nak merayap ajer kejenya :P

Throwback kat Pantai Klebang, Melaka, 2013
Kecik cinonet lagi Hariz masa ni
Masa ni, ikut Nizam kerja kat Melaka, stay kat Hotel Sri Malaysia Melaka.
3 hari dok sana, tapi masa ni Hariz kecik lagi, dia tak ingat kolam hotel tu best ke tak :P




Selain nak pegi hotel jer request budak berdua tu
Dorang ajak ke JB!
Umah Abang Amir katernya

Cuti panjang ni, boleh la kot pergi seminggu
Lama sangat dah tak ke sana.

Dania dok ngajak ke Starhill, nak mandi kolam
Mandi kolam ajer depa ingat kan?
Mama dorang ni, tengok air pun seram ahaha
Lagi-lagi skang ni dah musim hujan.
Auwwww, sejuk uols!

Well, apa-apa pun... habiskan dulu sekolah
Ada baki lagi 3 minggu.
Lepas tu, ber-hippp hippp hooreyy la kita!

Okey, nak turun masak pulak
Hari ni Alish request nasik goreng 'black'
Haa, nasik goreng letak kicap uols
Dania & Ayu suka nasik goreng letak serbuk kunyit
Kasik kuning sket... dia pulak tak suka
Terpaksa la menurut perintah tuan putera buluh kasap

Pastu, nak goreng cekodok pisang lemak manis
Pisang yang mak nizam kasik masa balik kg Deepavali lepas
Nyumssss!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...