Sunday, November 13, 2016

Deko Ketapang Brazil Ikea dalam SOHO AyuRashid

Pandai Personal Shopper Aisha Scha pilih pokok ni
Ketinggian berbeza dan gebu daunnya


Nasib baikla saya tak pegi sendiri kan?
Kalau tak, memang rambang mata la daku.

Bukan setakat ketapang brazil jer dibeli, tapi macam-macam!
Tu nizam taknak pegi tu hahaha.



Ni versi dah siap masuk pasu dan dah sampai kat rumah pun.
Malam Nizam terus letak dalam rumah.
Sebab takut jadik 'toilet' si Ara & Zorro pulak!


Sehari dua lepas tu, baru saya suh Nizam angkat bawak naik kat SOHO.
Yang ni pokok yang rendah.
Yang lagi tinggi tu, letak kat tepi tv.

Lupa terus nak beli pelapik pasu plastik sekali
Kan dah kena letak macam ni jer dulu huhuuuu.




Saya letak tepi meja belajar Hariz. 
Tak letak atas karpet, kan abes kotor karpet ku.
Nanti nak beli batu-batu hitam putih 
Letak dalam pasu ni, lagi kemas dan cantik.




View dari workstation saya.
Sini sesuai letak pokok, sebab bila pepagi cahaya boleh masuk.





Gebu daunnya.
Semoga dapat la bertahan lama dan akan tumbuh anak-pinaknya
Amboii... tinggi impian tuh hahaha.

Lagi sepokok yang kat sebelah tv nanti saya share
Tak semenggah jugak lagi hasilnya
Kena beli pasu lawa-lawa sumbat dalam tu baru cun.

Boleh la untuk sementara waktu.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...