Saturday, November 12, 2016

Deko Pasu Ikea: Pokok Money Plant & Lidah Mak Mertua

Saya mula-mula tengok bekas ni kat butik Jaja Kalam
Dia punya kaler putih, cantik!
Ingatkan tong cat hahaha. Rupanya beli kat Ikea hihi

Oh! Namanya Socker Bucket/plant pot.

Ni sebenarnya ala-ala baldi kan
Buat isi air untuk siram pokok gitu
Tapi, zaman skang kan... semua buleh di inovasikan :)

Warna putih takder, yang ada maroon dan itam jer.
So, saya pilih kaler itam.


Saya beli yang saiz rega RM39.90.
Plan asal nak letak pokok ketapang brazil dalam ni
Rupanya kecik, tak sesuai untuk pokok ketapang huhuuu.





Papaja Plant pot ni memang dah biasa sangat
Saya dah ada kaler merah beli masa dok Shah Alam lagi
Ala, yang dah pecah sikit tuu bila saya terrcampak bila ada cicak dalam tu haha
Sib baik sikit jer pecahnya, still boleh guna lagi.

Pastu, ada 3 bijik lagi saiz lagi comel

Ni ingatkan sama saiz dengan yang kaler merah
Rupanya lebih kecik
Susah sket la nak isi pokok idup yang ada kat umah ni
Sebab kebanyakan saiz pasu pokok sediada ni ngam dengan saiz yang kaler merah
Sib baik ada jugak saiz pasu yang boleh muat dengan pasu ni
Pokok lidah mak mertua.
Money plant, takder yang muat





So, macam mana saya deko kedua-dua jenis pasu ni dengan pokok untuk letak dalam rumah?

Saya beli 2 pokok money plant kat nurseri masa beli tanah + pasu dan terus mintak aunty nursery tanam pokok ketapang brazil (dah cerita dalam entry sebelum ni.



Balik rumah tu, cuci dulu sket daun-daunnya. Kasik nampak bersih sket.
Siap ada jurai-jurai walaupun tak cukup meriah juraiannya. Boleh laaa.



Dalam socker pot ni, saya sumbat surat khabar lama
Pastu, letak 2 pasu pokok money plant dalam tu
Adjust la banyak mana nak kena letak surat khabar dalam tu.
Kasik kedudukan pokok money plant nampak elok gitew

Jurai-jurai tu yang kasik kesan dramatik (la sangatttt)


Ala senang jer kan... korang pun mesti boleh buat
Kalau berkenan, cecepat gi beli tau hehehehe.


Ini pulak, saya tunjuk terus pokok lidah mak mertua dalam Papaja pot
Then, just letak ketiga-tiga pokok ni atas console table aka console workstation saya.







View dari reading area saya dan dania
Kitorang berebut dok kat wing chair ni bila mengopi sambil tengok tv

Dan... inilah feveret area saya selain SOHOAyuRashid

Home... where the heart is. Gitew!

No comments: