Wednesday, November 16, 2016

Deko Ruang Menonton dengan Pokok

Bersambung lagi entry kita yer puan-puan dengan pokok ketapang brazil dan pasu Ikea. Hhahaha, naik menyampah korang kan? Well, bila takder apa nak sharing di blog, sebab hal family saya dah decide untuk kuranggggggkan sharing. Maka, kita sharing pasal deko dan pokok sudaaaa.

Ni pokok ketapang brazil kedua selain yang saya dah letak kat SOHO. Yang ni, pokoknya lebih tinggi dan gebu berbanding yang kat SOHO. 

Pasu cantik cun meletops belum beli lagi. Pelapik pasu pun takder lagi. Maka lapik ajerlah dengan surat kabar lamaaaaa.
Nanti nak beli batu-batu letak dalam pasu, kasik lagi cun gitew.

Ni pulak, 2 bijik pasu ikea
Pasu ke apa ntah namanya, tak tau la
Material daripada besi, so tak risaulah pecah ke apa
Hariz suka sangat sembunyikan remote tv dalam ni
Pastu, siap pakej dia ambik bawak jalan-jalan dalam rumah
Kan pasu ni ada tangkai pemegang tu, jakun la dia.
Tapi, pandai pulak dia, dah puas main dia letak elok-elok semula
Mau tak pandai, kang mama dia bertukar jadi hijoooo bila sepah-sepah!


Pasu ni, dibiarkan kosong ajer pun cantik tau.
Letak bunga artificial atau bunga kering pun cantik.


Saya suka deko yang simple jer. Lagi pun, malas nak ada deko items banyak atau kecik-kecik. Nanti jadi tempat kumpul habuk jer. Maklum ler, malas nak mengelap kan :P
Cenggini dah cukup!







Semoga bertahan lamalah yer wahai pokok.





Tepi belah kanan ni, memang tempat letak bakul mainan Hariz
Sepah la nak sepah pun belah sini hehe.
Area pokok sana dia tak kacau. Dah besar kan, paham mama dia camner :P
Nak main boleh sepah-sepah pun, lepas tu... sila kemas semula. If not, elok jer nanti mainan tu masuk dalam plastik black. Tau dia sayang mainan, memang lepas main dia kemas!


Gambar blur-blur pulak.
Apa ntah masalah setting camera kat hp ni
Nak godek tak reti dan malas hahaha.
Boleh la, malas nak snap semula. 

Okey, jumpa lagi. Daaaaaaaaaa!





No comments: