Sunday, November 6, 2016

Kemaskini & Susun Atur di Dapur

Angkara umah kena serang ngan cik ti bulan Dec tahun lepas
Since that, saya kuarkan semua barang dari kabinet pasang siap umah ni
Geli rasa nak guna.

Pastu, bila dah keluarkan tu macam kurang tempat nak simpan
Rasa dapur bersepah ajer huhuuuu
Dah la tak rajin masak, dapur tak berapa kemas makin malas rasa

Apa-apa, pemandangan kat mana kena kemas dulu
Baru datang aura nak memasak
Wah... kemahen alasan

So, minggu lepas dalam malas dan tak larat tu
Saya gigihkan diri jugak mengemas

Keluarkan SEMUA barang daripada kabinet dapur (sendiri punya)
Keluarkan - sisih - cuci - keringkan
Pastu susun elok-elok semula dalam kabinet tu


Dah siap cuci, letak atas meja makan. 
Tunggu kering, esoknya tu baru kemaskan masuk kabinet

Rumah saya ni, barang dapur takder yang mahal
Asal boleh guna jer, saya guna

Contoh untuk isi lauk-lauk basah untuk stok masak 
Saya simpan jer dalam bekas aiskrim atau tipuware

Sampai hariz pun dah tau sangat dah
Asal beli aiskrim jer dia akan cakap
"Nanti dah abis, Alish simpan bekas ni, mama nak isi ayam"
Hehehhehhe.

Bila dah kemas ni, rasa aman damai jer mata
Harap rajin la ke dapur

Oven pun dah dibersihkan elok-elok luar dalamnya
Lama dah oven tu jadi tukun ahaks!

Caner nak beli Noja & air fryer philips ni
Kalau oven pun dah me'nukun'

Saya tak snap-snap gambar, malas
Sebab masa ni, banyak kerja membasuh jer

Oh kat dapur masih tak kemas sepenuhnya
Sebab ada lagi 4 kotak air mineral masa takder air tu
Nak kena buang dulu, baru leh bebetul kemas

Okey, sekian update hari minggu
Lepas asar ni, kami akan ke Seremban
Nak ambik bubur asyura (sugho) yang Nek Jah kirim
Kirim kat anak sedara yang baru balik dari kampung.
Teringin nak makan. Sedapnya!

No comments: