Tuesday, November 8, 2016

Lawatan Tapak ke Nursery

Tercapai sudah impian nak beli pokok ketapang brazil!
Bertahun dok zikir nak beli kan?
Last sekali, ambik servis Personal Shopper Ikea (Aisha Scha)
Nanti saya share contact PS Ikea ni dalam entry lain
Highly recommend!

Mula-mula, mintak Aisha belikan sepokok jer
Tapi, sehari sebelum tu gatal mintak Aisha belikan lagi sepokok
See, tamak haloba sangat!

Asalnya memang nak sepokok jer dari Ikea punya
Sebab Ikea punya jenis pokok sedahan jer
Since tak jadi beli kat Nursery Keratong, beli jer la Ikea pun lagi sepokok
Haaa, begitulah bermulanya ketamakkanku :P


Ni gambar Aisha snap masa dia kat Ikea
Oh, ambiknya hari Sabtu lepas kat gate ILSAS Bangi
Lepas jer setel urusan kat area Bangi & lunch
Terus jumpa Aisha kat situ, sebab pagi tu jugak Aisha baru shopping
Selain 2 pokok ketapang brazil ni
Ada jugak beli beberapa bijik pot & vase


Ambik jer barang-barang belian dari Aisha
Otw balik ke rumah, mintak Nizam singgah nursery
Ni nursery lain,  bukan yang ketapang brazil rega RM68 tu
Motifnya ialah nak beli pasu nak isi pokok ni siap dengan tanah

Masa sampai hujan renyai-renyai
Kugagahi diri jua jebat demi pasu dan tanah

Dah alang-alang tu
Mintak jer la aunty nursery tu tanam sesiap pokok-pokok tu
Senang kerja, ambik yang dah siap.

Aunty dan anak dia (mandai jer kata tu anak dia haha) cakap
"Pokok ni banyak murah ooo, RM15.90 saja, saya beli kat Sungai Buloh pun jauh lagi mahal"

Terus aku jadik promoter IKEA tak bertauliah:
"Aunty pegi la borong kat IKEA, nanti aunty jual la kat sini, banyak untunggg"

Dia jawab
"Itu laaa, kena pegi beli kat sana laaaa"

Haaa, ampunkan hamba yer andai pokok bunga kat ikea kena borong hahaha.
Saya, kalu bab mempromosi, memang ada bakat hahahha!


Ada la snap beberapa keping gambar 
Sementara tunggu Aunty siapkan tanam pokok dalam pasu.
Gerammmm tengok pokok-pokok kat sini
Kat sini, lagi murah daripada nursery yang ketapang rega RM68 tu.


Next... nak beli pokok yang macam daun kunyit ni haa
Lawa!



Sibuk tengok ikan!




Bestnya kalau laman rumah ada bela ikan camni
Ewah berangan, bela ikan gapi dalam vase dalam umah pun mati haha



Pokok berbunga-bunga camni memang lawa
Tapi tak berani nak beli, seminggu dua, sesilap kiok terus!



Cantik sangat ni



Last but not least, sempat jugak merembat 2 pasu pokok money plant!

Nak sangat yang berjurai kan?
Nah, ambik sepasu ni
Tak banyak pilihan money plant kat sini
So, ambik sepasu yang berjurai, sepasu lagi yang biasa jer
Sepasu cuma rega RM5, murah!


Okey, next entry...
Nanti saya share pasal pokok dan pasu yang saya beli di IKEA ni
Belum deko sepenuhnya lagi
Sebab lupa beli pelapik pasu :P

No comments: