Thursday, November 3, 2016

Macam mana bahagikan masa?

Setakat ni, anak-anak saya dah boleh dikatakan besar
Senang dah nak uruskan.

Akan datang, hmmm tak tau la macam mana hehehe.
Semua nak kena adjust semula bak kata orang.
Just follow the flow

Berbeza umur dan bilangan anak
Maka berbezalah suasana kerja WAHM ni.

Kita tengok jer la nanti
Setakat ni, nikmati saja dulu dengan heaven-nya :P


Bila kerja sendiri aka kerja dari rumah
Masa yang kita ada ni fleksibel sangat
Memang ni yang paling heaven yang saya rasa

Takder saper nak paksa buat itu ini
Saya boleh adjust ikut kerajinan dan situasi
Haaa, kerajinan ok!

Nampak sangat ada masa tak rajin tu hahaha
Biasala... manusia biasa kan, bukan robot
Ada masa rajin tu... melampaui batas rajinnya haha
Tapi... bila tiba waktu malas tu, tahap super saiyaaa terus!
Cuma tu la, macam saya cakap tadi la
Bila kerja sendiri, takder sapa nak paksa
Suka hati ko la ayu... ko rajin buat segera
Kalau malas nak rehat dulu, kendian la buat
Yang penting, siap jugak dan mesti perfect!


Macam mana saya bahagikan masa?

Actually, saya takder jadual tetap pun!
Saya akan buat ikut rasa saya nak buat

Contoh, kalau weekdays, bila suami dah gi kerja
Anak-anak dah pergi sekolah
Saya buat la kerja sekejap dalam 2 - 3 jam
Naik kat SOHO untuk lebih fokus (kononnnn)
Walaupunnnn.... ada masa saya banyak dok blogwalking hahhhaha

Pastu, saya turun masak.
Tunggu Hariz balik sekolah.
Masa ni dah tak on laptop dah
Order Dex atau layan customer tru hp jer

Pastu, tunggu Dania pulak balik sekolah
Dan dia akan ke sekolah semula (sek agama)

Dah lepas zuhur, saya akan cuba paksa Hariz nap
Kekadang sampai nak asar atau lepas asar baru dia nap
Biasanya saya tumpang sekaki hahahha

Malam, jika rajin atau order banyak
Saya uruskan order guna laptop

Begitulah cara saya kerja
Very fleksibel, sebab saya bukan jenis berdisiplin :P

Saya bisnes santai-santai jer
Cuma sebolehnya setiap hari saya cuba update blog
Sebab fokus marketing saya tru blog
Di FB saya bina personal branding dan merapu jer hehe
Lebih santai tru softselling.



Tadi baru siapkan order De'Xandra Perfume untuk pos esok
See, meja bersepah-sepah!

Ni saya taip entry pun waktu malam
pukul 8.10pm, sementara tunggu waktu Isyak
Esok pepagi takyah rushing update blog 
Sebab biasa saya update blog waktu pagi.
Esok buleh rehat-rehat di waktu pagi.
Hippp hipppp hoooreyyyyyy!


So, saya bukanlah individu atau WAHM yang sesuai
Jika korang nak mintak share pasal pembahagian @ pengurusan masa
Hancussss kalau ikut style saya hehhehe

Cuma alhamdulillah.
Saya hepi dengan cara saya. 
Saya taknak bisnes dalam keadaan stress
Fokus utama saya tetap pada family
Gitew.

No comments: