Wednesday, November 23, 2016

November Rain



Dah Rabu hari ni. Dalam dok bertangguh nak update blog, sesedar dah Rabu. Sekolah pun cuma tinggal 2 hari jer lagi. Dah nak mula cuti sekolah yang panjang. Memang cepat sangat rasa masa berlalu. 

Hari ni, anak-anak ada jamuan perpisahan kat sekolah. Dedua beradik tu akan makan KFC. Semangat waja Alish bangun pagi ni. Macamlah setahun sekali jer jumpa KFC. Padahal, papa dia tu sampai naik muak bila anak-anak ajak makan KFC hahhaa.

Bila bulan November ni, musim hujan pun dah start manja-manja gitu. Suasana sejuk jer. Sidai kain pun dalam rumah. Basuh waktu malam, esok pagi dah boleh lipat dah. Unless pakaian tebal tu, kenalah tunggu sampai tengahari. Sejuk! sampai tahap mandi tengahari pun guna water heater hahaha. Melampau sangat nih tahap kekambingan ;P


Bila dah hujung tahun ni jugak, bagi yang kerja dari rumah aka bisnes sendiri, ni lah masa nak pulun sales kan? Mana-mana target tak tercapai lagi tu, kena usaha dan doa sungguh-sungguh supaya tercapai. Cabaran dalam bisnes De'Xandra yang saya buat ni pun makin sengit!

Sekarang yang sengit bukan isu pesaing atau terlalu ramai agent dan seller. Tapi, kerana ramai yang 'main harga'. Tak dinafikan, ia memang jejaskan sales. Bukan nak tarik aura negatif, tapi isu macam ni bukan saja dilalui oleh produk De'Xandra ajer, bahkan mana-mana produk pun akan lalui isu ni, selagi ada manusia tak bertanggungjawab dan tak amanah.

Apa pun, kena cuba positifkan diri. Yakin dengan rezeki Allah dan semestinya kena tingkatkan lagi usaha. Tak boleh putus asa! The best is yet to come, InsyaAllah.

Jumpa lagi. 

P/S: Rasa nak ubah kedudukan SOHO. Itu pun jika larat dan berkerajinan. Tengok jer la nanti :P

No comments: