Thursday, November 24, 2016

Pokok Bunga di Laman

Ni gambar lama, tahun 2013... masa baru-baru lagi pindah dok Semenyih.
Laman sekangkang kera ni masih ala-ala kemas lagi
Pokok pun masih kecik-kecik lagi.






Ada yang beli kat nursery dan ada yang ambik dari Besut
Pokok betik pun ada sepokok, abah nizam tanamkan.
Tapi, tak sempat nak merasa buahnya
Hamba Allah mana la tolong petik dulu
Tak sempat tuan tanah kedaung nak merasa hahaha.
Muda belia lagi betik tu, dah kena petik
Nak buat buah betik masak lemak cili api kot :P



Sekarang ni, dah banyak pokok bunga kat laman ni
Banyak dan berserabut sebab tak jaga elok-elok!

Memang malasnya nak menjaga
Dah ajak nizam pergi beli bata-bata dalam 20 bijik
Nak susun, pastu susun pasu pokok ni atas bata tu supaya kemas
Tapi dia buat derk ajer huhuuu

Dia dah tau tu
Kalau beli bata-bata tu, dia juga kena jadi tukang angkat dan susun pasu
Hhahaha, tu dia buat derkk ajer
Sabor jer laaa.

Cuti sekolah ni, kena jugak buat
Susun elok-elok. 
Biar ada rupa taman mini. Cewah!

Tapi pokok ketapang brazil tak berani letak kat luar
Kanggg ilangggg
Maklumlah, dah ada pengalaman pokok bunga sepasu kena rembat

Mana-mana pokok biasa-biasa tu boleh la letak luar
Ini bukan senang oiii nak dapat ketapang brazil
Makan tahun mengidam baru ku dapat!


Tadi cuba snap gambar laman bersepah tu
Tapi camera hp pulak henggggg.
Next time saya snap saya share kat sini
Berdarah mata tengok tahap sepah tuh

Takper ambik mood nak tunjuk
Lamanku 'Sebelum & Selepas' make over gitu

Tapi... tatau la bila zaman akan terjadi kerajinan itu hahaha
Lagi skang ni musim mendung dan hujan jer
Tanah asyik basah dan lembab ajer, malas nak buat kerja kat luar tu



*Eh, saya dah ubah kedudukan SOHO tau
Nanti saya share.

No comments: