Friday, November 25, 2016

Pokok Money Plant Jurai-jurai

Hari Ahad lepas, kitorang pegi Tesco nak beli buah-buahan
Semata nak beli buah, pegi Tesco hahaa
Susah nau nak beli buah kat kedai runcit dekat rumah ni
Hariz & Dania suka sangat epal ijo
So, rombongan En Nizam pun terkedek-kedek la ke Tesco

Bila pusing-pusing area sayur dan buah
Ehhh, nampak ada pokok bunga laaa
Takder la banyak, dalam Tesco jer kan

Sekali, ada la beberapa pasu pokok money plant!
Padahal baru jer minggu lepas beli 2 pasu kat nursery
Ni beli sebab pokoknya berjurai-jurai
Walaupun pokoknya takder la subur mana
Tapi disebabkan 'jurai-jurai' tu, nak ambik jugak!


Bila nizam tengok pokok tu masa dia nak letak dalam kereta
Dia cakap:
"Pokok bunga nak mati pun beli keee?"

Hhahaha, buta seni tu... biarkan dia
Dia tatau disebabkan jurai tu yang bini dia berkenan
Harga pun ok jer RM8.99


Dah kat rumah esoknya tu, basuh dulu daun kasik bersih dan kilat sket
Then, ambik jer bakul ni
Pusing-pusing, bakul dan pasu sama sudaaa hhehee.




Sumbat surat kabor lama dalam bakul dulu
Dah dapat kedudukan sesuai, baru letak pasu
Jurai-jurai daun tu, betul-betulkan sampai jadi cantik








Sementara, letak dulu kat rak tv
Biasalah, saya ni cepat boring
Nanti ke mana-mana ajer akan diletakkan
Siap tukar-tukar vase lagi nak nampakkan kelainan
Memang takder keje carik keje :)







Ni tatau la berapa lama buleh hidup
Rasa nak kena tukar pasu dan tambah tanah
Itu pun kalu rajinnnnn :P


Senang jer kan nak deko hijau-hijau dalam rumah dengan bajet ciputt jer
Kalau korang tangan sejuk dan rajin menanam
Buleh jer tanam banyak-banyak pokok money plant ni
Senang membiak dan senang jaga

Erkk... tapi kenapa pokokku selalu mati?
Dan kalu hidup pun sendu jer hahahaa

Takper, janji passion tu ada dan semangat tak pernah hilang
Cuma duit jer la asik melayang jer demi sebuah hobi yang tak menjadi, ahaks!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...