Wednesday, November 2, 2016

Welcome November Rain!

Rasa baru jer wish selamat bercuti Deepavali Jumaat lepas.
Ehhh, hari ni dah hari Rabu dah.
Dah 2hb November 2016
Welcome November Rain.


Takder gambar nak share hahaha.
Cukup ler saya share gambar buku rekod Sales De'Xandra baru.
Yang sebelum ni dah habis guna, so sedang molek November start guna buku baru
Buku Dania tolong belikan kat Tunas Manja Muadzam Sabtu lepas.
Dia memang dah tau, kaler apa mama suka.


Semalam, status FB bersepah-sepah dengan isu harga minyak naik
Ingatkan minyak masak jer naik harga, sekali petrol pun naik sama daaaa

Dan, perkataan yang trending semalam ialah:
Kukus dan Panggang haahhaha!
Dan-dan Nizam pun whatsapp gambar resepi
Sayur bening bendi & kerang masak air apa ntah
Amboiii... reti ke dia tu berjimat
Harga minyak masak sekilo berapa pun tak pernah ambik tau
Main ambik jer! Gitu la kitorang berdua bila beli barang dapur.
Pemalas sangat nak check-check harga barang ni


Yelah tu korang, sekejap jer kita mampu bengang kan?
Nak tak nak, kena lalui jugak.
Bayor jer la harga yang perlu dibayar.
Kita ni rakyat marhaen ajer.
Ibarat timun vs durian
Digolek luka... menggolek pun luka!

Dalam keadaan sekarang, dan akan datang
Yang mungkin akan jadi lebih worst.
Kita hanya mampu berjimat cermat dan tambah sumber pendapatan jer

Nak saving pun semput kekadang tu
Cost of living expenses semakin mencanak naik.

Kesian fikirkan family kat kampung
Sebab family ayu bukannya kaya-kaya.
Kadang-kadang, mereka terperangkap dengan sistem & situasi
Usaha takat mana jer boleh, sebab dah macam tu kehidupan mereka

Nak berjimat, takat mana boleh berjimat
Kalau manjang jer harga barang naik

Naiknya harga minyak, memang akan naik harga barang lain
Takkan nak pindah ke negara atau planet lain kot hahaha.
Memang vodo sangat orang yang bagi cadangan tu.

Mereka yang tak dalam situasi tu, takkan terasa
Cakap memang senang, cuba kita lalui.

Nak buat macam mana kan?
Mampu doa jer, semoga Allah permudahkan
Dan berikan rezeki yang berkat.

Sesungguhnya takder daya upaya kita
Melainkan dengan izin dan pertolongan Allah jer.

Sebab tu la, kita yang boleh usaha tambah income
Ada internet, ada peluang, ada ilmu
Kena cuba cabangkan sumber pendapatan
Kita tak mampu ubah apa ditetapkan orang berkuasa tu
Tapi, kalau taknak terus rasa terbeban
Kita yang kena ubah diri kita!

Usaha yang sama dan tindakan yang sama
Mustahil untuk kita dapat ubah diri kita.

Minyak masak naik, petrol naik
Tapi... saya tetap berangan nak gi bercuti bulan ni hahaha
Kena usaha gigih kumpul duit hehehhee.
Tak dapat ke Melaka... PD pun jadik ler!

Sekian bebelan pagi ini. Jumpa lagi :P

No comments: