Saturday, December 31, 2016

Babai 2016

Bersiaran langsung dari rumah Ibu Mertuaku
Petang ni InsyaAllah nak balik Semenyih dah
Tapi, nizam tu bukan boleh pakai sangat perancangan dia
Kang, sepantas kelajuan cahaya dia kata tak jadi balik
Kita balik esok ajer
Maka berhuhuuuu la aku.

Nek Jah & adik saya dah balik Besut
Kami hantar ke rumah abang di Kemaman jer Isnin lepas
Esok petang tu kami terus ke Keratong
Nek Jah pulak ke Besut esoknya dengan abang lagi sorang

Akan bermulalah kehidupan seperti biasa.
Sekolah pun dah nak mula hari Selasa depan
Ingatkan hari Isnin start, rupanya Selasa
Baru tau malam tadi bila kawan dania btau dania hahaha
Bagus betul papa mama Dania Hariz ni kan
Anak start sekolah hari apa pun tatau.

Petang semalam kitorang pegi pekan Muadzam
Beli kelengkapan sekolah Dania
Tak semua dapat beli
Kain pengawas sekolah agama (warna merah) takder
Beg sekolah pun takder yang Dania berkenan
Kasut dapat sepasang jer
Baju sekolah 2 lai, kain sek keb 2 lai
The rest macam singlet, tracksuit, stoking beli 2 lai each
Esok lusa sambung beli kat Pekan Semenyih pulak.

Hariz pulak sibuk beli beg sekolah dan pencil case
Sakan suruh mama snap gambar
Suh wasap tunjuk kat cousin dia di Semenyih.

Hmmm...
Ni menyambil update blog sementara Nizam tidur
Internet slow gila
Nak update Dexandra sales rekod
Dah seminggu tak update dalam buku huhuuuu

Macam mana nak buat kerja ni, internet slow sangat
Maka, menyambil tunggu web loading
Siaplah entry ini.

Selamat tinggal 2016
Welcome 2017


1 comment:

Linda said...

Salam Tahun Baru 2017 :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...