Thursday, December 15, 2016

Celik Kewangan| Aku dan Credit Card


Haaa, cuba tengok budak ketot berbaju biru campur oren tu
Kemahen suka melunjur tangan macam tu jumpa laut!
Itulah Dania dan 2 cousin dia, dalam tahun 2011 @ 2012 kot
Sekarang... semua dah besar. How time flies kan?

Bila tengok gaya Dania tu kan
Boleh saya kaitkan dengan happy dan lapangnya perasaan takder hutang kad kredit!

Sebab apa?
Hutang kad kredit ni, kita rasa macam komitment kecik
TAPI... sebenarnya, ia adalah racun kewangan yang sangat berbisa!


Ni saya nak share berdasarkan pengalaman saya sendiri
Saya mula apply kad kredit masa saya nak ke Stutguart, Germany dalam tahun 2005
Masa tu, sebab orang cakap senang nak berurusan kat luar negara
Walaupun, ikutkan takder keperluan pun untuk saya apply
Semua kos ditanggung syarikat Open Source Systems Sdn Bhd dan Unisel


So, saya cuma kena bawak duit untuk makan kudap-kudap dan shopping jer
Alah, masa tu nak shopping apa pun kan hahahha
Makan minum pun, syarikat yang kat Germany tu yang dok belanja hari-hari
Memang, bawak duit semata untuk shopping jer pun
Eleh, shopping pun cuma saya beli mug dan choc jer untuk kawan-kawan
Saya sendiri, mana makan choc.
Tak luak mana pun duit selama 10 hari kat sana

Dah tu, kenapa nak gatal apply credit card bagai, kan?
Itulah... takder ilmu, pastu terpengaruh dengan cakap orang.

Masa tu, gaji baru dalam 2k+-, lupa dah
Gaji memang tak besar.
Saya guna Credit Card Maybank
(Master, Visa, American Express)
Credit limit cuma 5k jer hahaha.
Dah gaji ko ciput kan, 5k jer la layak pun.

Then, lama-lama... dapat la credit limit naik ke 7K
Sampailah sekarang.
Saya tak potong terus credit card ni
Cuma, masa masih kerja lagi saya dah combined 3 kad jadi 1
Guna Visa ajer. Senang guna 1 kad jer.

So, bila dah ada kredit kad tu kan
Berangan la macam bagus jer swipe hahahhaa
Kekadang nizam ada jugak guna untuk isi minyak
Sebab masa kitorang dok Shah Alam dulu
Nizam hari-hari berulang-alik dari Shah Alam - Bangsar
Memang banyak sangat cost untuk minyak kereta dan tol
Nak taknak, kenalah jugak bagi guna sekali sekala

Saya pulak, pernah kuarkan 2k fast cash
Wah... masa tu memang bab financial planning ni hancur
Guna duit ntah untuk apa-apa
Sampailah pernah paling tinggi hutang kad kredit jejak 6k!

Masa tu, baru rasa menyesal gila!
Dah la dok bayar minimun payment jer tetiap bulan
Ko rhase? Bila tahun nak abes tu?
Tak pernah miss bayar pun, rasa tak gerak pun baki hutang tu
Yelah, kredit kad maybank ni interest tinggi!

Bila dah berenti keje, hutang kredit kat saya masih ada
Tak ingat la berapa, tapi ribu2 jugak laaaa
Then, saya terus jer bayar.
Kadang bayar lebih dari minimum payment, kadang bayar min jer
Ikut kemampuan bulan-bulan tu la

Lepas tu, tahun lepas
Lebih kurang dalam bulan Ogos 2015 macam tu
Saya dah takleh tahan dah, tak sanggup nak hadap
Bayar tiap-tiap bulan, tapi rasa tak gerak-gerak jugak!
Tapi, masa ni, hutang dah tak banyak dah
Dah less dari 3k (tak ingat)

Masa tu, lepas raya puasa, saya start bisnes shawl 2 muka byJaja Kalam
Tapi masa ni, duit bisnes tak seberapa
Sebab saya banyak guna untuk rolling modal ambik stok
Pastu kebetulan mak saya pulak sakit
Sebulan lebih kat Hospital Kuala Terengganu
Walaupun saya cuma dapat balik sekali jer masa tu
Tapi, banyak duit saya alirkan untuk mak dan adik beradik
Duit memang macam air terjun mengalir huhuuuu.

Masa ni, saya tak start lagi bisnes De'Xandra Perfume
Tapi, saya memang dah nekad
By Disember 2016, saya nak setelkan hutang credit card
0 Credit Card Debt!

Then, Oktober 2016, saya start bisnes De'Xandra Perfume as Dropshipper
Masa ni la saya start pulun buat sales
Dapat jer untung, saya bayarrrrr jer credit card
Masa ni, memang gila-gila la fokus bayar hutang hahaha
Sampai tahap nizam cakap, saya berkira bab duit hahaha
Duit bisnes masyuk, tapi sayang nak guna

I ada matlamat hokey hahaha

Alhamdulillah, sebelum 31 Disember 2015
Saya dapat setelkan hutang credit card saya!
Perasaan tu?
Ya Allah! Released gilaa wehhhhh!
Rasa macam dah memang PRU sebagai PM *eh tetiber hahaha

Ye lah... bertahun-tahun saya dok tanggung biawak hidup
Tetiber saya dapat campakkan biawak tu masuk sungai hahha
Wah! Dasat contoh tu, berani ke pegang biawak hahahha.

Saya tak potong terus kredit kad tu
Sebab saya dah tak kerja, so kot ada terdesak nak guna
Atau, mungkin kalau nak bercuti bila online booking hotel
Lebih senang guna kredit kad atau debit kad
Saya prefer guna kredit kad masa booking
Bila dah sampai hotel, saya bayar guna debit card atau cash
Sebab pernah try booking hotel guna debit card
Rasa macam ehhh renyahnya. 
Guna credit card lagi senang *kes malas nak isi-isi online form la ni

Tapi kalau guna credit card pun
Balik tu, atau sebelum bulan depannya
Saya akan bayar full terus. Memang tak berhutang langsung dah

Saya memang tekad. 
Selagi tak terdesak gila-gila tahap nak abes nyawa
Saya tak nak dah ada hutang kredit kad

So, sesaper yang ada hutang kredit kad tu
Next entry saya akan share tips nak disiplinkan diri membayarnya

Sebab saya tau dan pernah lalui
Betapa seksanya ada hutang kredit kad ni
Itu baru 1 kad, yang hutangnya kurang dari 7k
Rasanya dalam 3k jer masa ni

Macam mana yang ada beberapa kad
Pastu, semuanya kredit limit sampai belas-belas ribu
NANGESS!

Next entry saya share, InsyaAllah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...