Friday, December 23, 2016

Cuti panjang dah nak abes!

Takder gambar baru sebab dok memboring jer kat rumah
Maka, letak jer la gambar-gambar lama.
Alahai, bulatnya Alish ni. Geram tengok!

Dari kecik rupanya suka tidur peluk bantal
Itu yang sampai sekarang, tidur nak meluk bantal ajer
Tapi yang pasti, tak lekang nak pegang tangan mama
Huhuuu... macam mana ni.


Cakap pasal cuti sekolah yang cuma berbaki 9 hari jer lagi
Hahaa, cuti yang paling sangap!
Dengan nizam non stop kerja, balik sehari malamnya terus kerja semula
Pastu, Nek Jah dan Ayah Su budak-budak datang sini
Dari awal cuti sekolah
So, duduklah kami kat rumah dengan penuh ketabahan

Rasa sehari tu, lambatnya berlalu
Feel bila anak sekolah vs cuti berbeza tau
Sebab kitorang ni kaki merayap
Sebulan memerap kat umah, ko bayangkan?

Petang ni baru Nizam balik dari outstation
Katanya apply cuti sampai 8/1/17
Alah, tu dia punya apply cuti bukan leh caya sangat
Anytime kang tetibe kena panggil kerja
Dah biasa dah. Even masa raya puasa pun pernah kena
Punah plan raya.

Nak buat macam mana kerja, kan.
Paksa rela jer la. Dah namanya kerja sebagai kulikutif hahaa

Minggu ni, baru nak hegeh-hegeh beli persiapan sekolah anak-anak
Hariz pun tak daftar lagi kat tadika baru
Buku-buku Dania pun belum beli lagi kat koop sekolah
Tapi kitorang memang kaki membeli last minutes punya hehhe
Takder hal, alah biasa tegal biasa katernya.

Isnin atau selasa ni, baru nak anta Nek Jah dan Ayah Su balik Besut
Anta pun sampai kat umah abang jer
Tak larat dan suntuk sangat masa nak sampai ke Besut
Lagi pun dah sebulan lebih nenek kat sini
Lain kali jer la balik, panjang umur murah rezeki kita balik

As for now
Tak sabar nak tunggu nizam balik
Rinduuu nak menumpang guna hotspot dia scroll Instagram hahaa!
Nak tengok deko-deko rumah orang yang cantik-cantik dalam IG
Haaahaha, begitulah motifnya!

Okey korang,
Esok start cuti panjang yer sempena Krismas
Selamat bercuti, selamat jalan-jalan, selamat balik kampung
Kitorang dok rumah jer, sebab nizam tak suka bersesak-sesak atas jalanraya
Sebab tu plan nak anta Nek Jah hari Isnin atau Selasa jer
Kasik peluang kat orang lain makan roti dan jem pepuas hehhee.

Nanti rajin update lagi.
Skang dah tak larat nak duduk atas kerusi atau SOHO lelama
Ni pun tabah jer dok bersila atas lantai, siap lunjur- kaki
Laptop letak atas meja jepun blaja dania
Ok, bye!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...