Friday, December 16, 2016

Lain kali jer la sambung kisah si credit card



Sebenarnya, nak sambung sharing pasal bayar hutang credit card
Tapi, disebabkan wifi slow giler mengalahkan cipan dalam pantang
Tak jadik ler

Sebabnya ialah saya nak bagi tips dengan ada gambar sesuai sekali
Nak google gambar dengan wifi macam ni?
Hmmmm... lupakan jer la uols
Sakit jiwa menunggu loading. 
Kang sharing ke mana, saya dulu yang membuta atas tilam kat SOHO ni

Jadi, tunggu la bila internet dah laju berdesup
InsyaAllah by 18hb dah data renewal
Kita balas dendam semula berblog hehehe

Ni dah pertengahan bulan Disember 2016 dah
Dah nak abes dah cuti sekolah uols!
Dalam dok bosan kat umah tak leh ke mana-mana
Hah! Amik ko... lagi 2 minggu lebih nak bukak sekolah

Banyak benda nak kene settle down sebelum bukak skolah ni
Barang-barang kelengkapan Dania nak masuk sekolah tak beli apa pun
Dah la minah tu, semua nak benda baru.

Mama dia pun naik sama, siap nak beli rak buku untuk Dania
Senang, semua buku dia sumbat dalam tu
Takyah nak letak dalam rak berlainan
Atau berlonggok atas rak lain, sakit mata nengok
Kita carik jer la rak buku cap Tesco
Yang kecik-kecik sudah, asal muat letak buku 'berdiri'
Senang dania nak pilih buku untuk susun jadual
Yang sekarang ni, rak-rak tak tinggi
Nak susun buku menegak tak boleh
Bila letak melintang tu, susah dania nak ambik buku
Tu yang jadi bersepah-sepah di longgok luar rak buku
Haiyooo... berdarah mata mama dia tengok!

Hariz pulak nak tukar tadika baru
Belum pegi hantar borang dan daftar lagi
Pergi jumpa anak owner tadika tu jer sekali masa nak cuti sekolah
Budak tu cakap, boleh lagi, dia dah reserved

Pastu, nak anta Nek Jah dan Ayah Su balik kampung lagi
Haduuihhh, jauhnya nak balik Besut
Tak larat dah ni nak travel jejauh huhuuu
Tapi. Dania Hariz nak sangat balik Besut
Kesian pulak, cuti sebulan lebih tak balik Besut langsung
Kalau tak balik sekarang, tatau bila lagi boleh balik

Hmm... bak kata Nizam
'Serabut memikirkan' 

Kesian kitorang
Time cuti ni la memanjang dia kena keja
Takpelah, kot besday i nanti dapat gi dok hotel semalam dua haha
Berangan!

Okey, till then...jumpa lag!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...