Saturday, December 17, 2016

Nak Makan Asam...

Menyambil tunggu customer Dexandra reply Whatsapp untuk siapkan order DeXandra, sempatlah belek-belek folder gambar lama kat laptop

Ternampaklah gambar-gambar buah-buah masam nan sedap ni. Alahai, terliurrr weeeeeh! Tak aci la terliur sesorang kan... jomlah kita terliur secara berjemaah. Lagi pun, wifi ku dah laju hari ni. Dah 18hb, data baru dah mula beroperasi hehehe. Sukaaaa!


Pelam muda & Colek Nise
 Gila ko tak terliur tengok pelam dengan colek nise (gula melaka)

Cara buat colek nise:
*gula melaka
*belacan
*garam sikit
*cili padi

Tumbuk semua bahan, kalau pekat sangat letak air suam sikit
Siap untuk dikerjakan dengan bahagianya sambil pejam-pejam mata!



Rojak betik
Resepi saya dah pernah share kat blog ni. Sila carik entry tu jer.




Buah Sentol 
Ni dari pokok arwah ayah saya tanam,
Buahnya besar-besar tak macam buah sentol biasa.
Tapi ni yang saiz tak besar sangat, ada jenis lagi besarrrr.
Ada beberapa pokok, semua jenis sedap, kulit sedap dimakan sebab tak masam sangat
Isinya jugak tebal dan gebu
Memang maveles!



Pauh Ringan / Pelam Telur

Apa-apa nama jer lah, yang pasti bila dah makan gigi terus menderita!
Hahhaa, ngilu laa.

Dari pokok umah mak nizam
Dah lama arwah pokok ni, abah dia tebang
Sayanggggg dah tebang, buahnya selalu lebat.


Okey, dah. Bye hahhaha!

No comments: