Wednesday, December 7, 2016

Penat tak kerja dari rumah?

Uiksss... dah namanya 'kerja', bukan jadi 'mem' besor
Maunya tak penat fizikal dan mental!

Bukak jer mata, berderet kerja rumah nak kena buat
In between tu, kena jugak belek-belek handphone check wa dan order
Penat... memang penat!

Kalau mampu, lama dah upah bibik sorang.
Ewah! Mampu keeee?
Ke nak kena cercaan 7 keturunan?
Bisnes tak seberapa, nak ber-bibik bagai kan?
Berangan... kan berangan tak perlu bayar.


Terapi paling mudah!

Penat ke tak kerja dari rumah ni sebenarnya subjektif
Bergantung pada situasi harian
Ni based on pengalaman saya la

Bila suami outstation, penatnya lain
Bila suami kerja balik hari-hari, penatnya lain
Bila anak sekolah, penatnya lain
Bila anak cuti sekolah penatnya lain
Bila weekday, penatnya lain
Bila weekend penatnya lain
Bila balik kampung atau jejalan, penatnya juga lain
Bila ada orang datang rumah penatnya lain

Sebab apa lain-lain tu?

Sebabnya jadual kerja akan berubah-ubah ikut situasi
Kalau dalam kerja, kita panggil Beban Tugas
Haaa, kerja sendiri dari rumah pun camtu jugak la lebih kurang

Contoh, macam bila mak dan adik saya datang sini
Hari-hari kena masak!
Malam dah pikir dah, esok nak bekfes apa, nak lunch apa
Jika biasanya kami ajer kat umah, selalu beli jer jika nizam ada kat umah
Tapi, kalau dah ramai ni, matik ler hari-hari nak beli kan

Pastu, mana nak kemas dapur, kemas ruang tamu, kemas bilik
Memang penat yang sangattt penat
Saya tak boleh dok dalam keadaan bersepah
Lagi tensen!
Nak taknak, hari-hari kena mengemas jugak


Jadual kerja dalam urusan bisnes pun lari
Sebab biasa pagi saya dah boleh fokus dengan kerja kat SOHO
Tapi, semua tu dah lari sangat jadualnya
Bila dah siap bekfes, kemas umah, sidai kain segala
Dah pukul 9am lebih.
Badan pun dah letih, dan kena standby untuk masak lunch pulak

Dah lepas lunch, tunggu solat zuhur terus
Huhaa huhaaa.... dah pukul 2pm
Masa ni, badan pun rasa dah lunyai dah
Rasa nak baring jer dalam bilik dalam sejuknya ekon dan kipas

Yes, serius penat

Sebab bila kita dah duduk kat rumah
Kita susah sangat nak ignored apa yang berlaku kat umah
Contoh: Hariz melalak-lalak sebab bergaduh ngan Dania
Eiii, saya memang takleh bising-bising, serabut!
Tu dah kacau emosi. Memang hilang mood

Bila kita kerja kat opis, kita dapat fokus dengan kerja
Walaupun tak semestinya kita dapat buat kerja macam kita nak
Tapi perasaan tu lain
Bila kerja dari rumah ni, mental kena kuat
Kalau tak kuat pun, kena buat-buat kuat 

So, kalau sesaper rasa nak resign sebab penat kerja
Dan nak kerja dari rumah sebab dimomokkan kerja dari rumah tak penat
Fikirkan dulu...
Ambik dulu cuti tanpa gaji ke beberapa bulan
Cuba dulu 

In fact, feel cuti tanpa gaji untuk merasa kerja dari rumah ok ke tak
Takkan sama dengan resign dan kerja dari rumah

Saya bercerita based on pengalaman saya
Bukan nak menakutkan

Sebab, kita banyak disogokkan dengan bestnya kerja dari rumah
Tapi, ramai yang tak tahu, disebalik best tu, adaaaaa jugak yang tak best
Between, manada semua benda best kan?
Even kita kerja makan gaji pun ada yang best dan ada yang tak best

Cuma korang kena percaya apa yang paling best kerja dari rumah ialah:
"kita takder boss yang nak arah-arahkan kita!"
Kitalah boss, kitalah kuli
Agak-agak ko merasa menyampah dengan 'boss' ko tu
Maknanya... ko menyampah ngan saper la tuh?
Hahhaha... ko menyampah dengan diri sendiri okeyyy!

Okey, sekian bebelan dari seorang WAHM yang merasa sangat penat
Nak bercuti ke mana-mana tak bleyyy daaaa.
I is tensen!


1 comment:

Hasrul Hassan said...

Hehehe.. saya salah seorang yang bekerja dari rumah. Hmm kadangkala penat juga, apatah lagi sebab saya ni seorang house husband.

Yang best kerja dari rumah ialah ia atas keselesaan anda. Ada banyak kerja boleh buat di rumah yang boleh datangkan income.