Friday, December 2, 2016

Pindah SOHO - Part 1

Ni kejadian minggu lepas.
Saper follow saya di FB, mesti dah tau
Kegigihan apekah melanda, saya alihkan SOHO ke bilik lagi 1

Buat keje sesorang masa nizam kerja
Kalau dia ada, mesti kena bebel panjang
Takpe, saya buat slow-slow jer
Kuarkan semua barang dalam almari dan drawer
So, takder berat sangat pun


Sebab tukar bilik SOHO ni kenapa?
Sebabnya ialah Nek Jah dan adik ayu nak datang
So, bilik SOHO sediada ni nak bagi adik ayu guna
Walaupun dorang datang takder la lama sangat
Tapi, saya yang perlukan my own space

Cuma, constraints bilik SOHO baru ni ialah takder ekon!
Kipas siling pun takder
Bilik dah la paling kecik huhuuu
Memang berwap laaa kepanasan. Sauna!

Cuma, harap menggunung sejuk la sket sebab musim hujan
Walaupun Semenyih ni takder hujan sangat hahaha
Tapi, harapan tu tetap ada
At least mendung  sepanjang hari ke kan?
Nak beli ekon, alahai... mahal tu
Dengan kos nak upah pasang lagi

Paling tak menahan, habuk dan debu bila kerja drilling tu
Oh! tak sanggup rasanya.
Dah la kerja mengemas kena buat lagi sekali bila pasang ekon tu
Yelah, bila dah alihkan barang kan.
Kena susun letak semula... hmmmm

Tabah jer la. Bukan lama pun
Maybe 3 minggu - sebulan kot dorang kat sini.
Erkkk... lama jugak tu.
Dah la plan bulan 12 ni nak all out bisnes
Dan jugak nak buat schedule post untuk blogs

Cuti sekolah ni, kene buat schedule bebetul
Tapi, banyak dah lari schedule ni
Penat sangat rasanya huhuu

Okey, membebel tak sudah sudah
Saya share dulu gambar bilik SOHO sediada
Yang dah ditukar jadi bilik untuk adik saya duduk masa dia kat sini
Ni kira bilik Dania la jugak yer
Kan SOHO sediada tu kat bilik Dania

Dania bila Nek Jah ada, dia tidur ngan Nek Jah la
Berkepit manjang.


Sebelum ni, saya letak katil kat dinding sini.
Kali ni, saya alihkan katil ke dinding bertentangan, sebab nak bagi space untuk letak almari baju dan meja solek. Space dinding ni lebih panjang, sebab dinding bertentangan tu ada pintu.



Di sini katilnya.
Tempat meja SOHO yang mula-mula saya letak masa pindahkan meja kerja tu kat atas



Atas meja solek. Less is more.
Bilik orang bujang duduk takyah nak beria sangat. Bersepah jugak nanti huhuhu







Almari baju lagi satu, letak kat meja SOHO saya sebelum ni (kat hujung kaki katil)
Almari ni besar, ambik space yang besar.



Jangan mengharapkan keserasian deko items
Asal boleh jer.
Biru ado, pink belacan ado, kelabu asap ada hahahhaa
Pengsan la nak tukar semua sedondon kan?
Bajet nan hadooo, asalkan kemas sudah!




Next entry, saya share pulak gambar SOHO baru


1 comment:

Zie Azi said...

nmpk lg kemas & selesa kan.
klu sy pun agak lm benda tu kat situ, kejap kang alih belah sini pulak..haha