Sunday, December 4, 2016

Pindah SOHO - Part 2

Macam gini jer pun rupa paras SOHO di bilik baru ni
Ikutkan, jika bebetul nak setup SOHO  atau mini library atau study room
Bilik ni  palingggg sesuai antara ketiga-tiga bilik
Sebab ni bilik paling kecik



Cuma masalah takder ekon dan kipas siling jer la
Kalau rumah sendiri, takpe la beria pasang segala kan
Ni rumah sewa, alahai
Cost tu nak pasang dan bukak semula jika pindah

Since bilik ni kecik, barang pun takleh banyak
Absolutely kena minimun-kan barang dan simple ajer

Tapi, saya suka kaler bilik ni
Putih dan feature wall kaler pink lembuttt sangat
So nampak lapang, tenang dan soft jer

Dan... dipersembahkan tempat saya bertapa meraih rezeki dari rumah :)
Terima kasih Allah untuk peluang ini
Santai-santai goyang kaki dapat duit berkepuk



Less is more
Kalau boleh taknak pun letak drawer dan meja bulat tu
Tapi, dah takder tempat lain dah nak letak huhu
Bolehla dijadikan tempat letak kipas, printer dan magazine



 Wahai kipas hikmah, tolonglah bantu aku sejukkan badan, laptop dan bilik ini dengan semaksimum mungkin tahap kesejukannya"



Atas meja, kena sentiasa kemas. Saya takleh buat kerja dalam keadaan berselerak
Jiwa kacau nanti



Bilalah nak beli kerusi yang lebih proper dan selesa
Asyik lupa jer. Hmmm mungkin konsep selagi boleh guna, silalah guna :)



Tempat anak-anak menyebuk sama time mama buat kerja
Hariz suka baring atas karpet, melukis dan menconteng
Pastu setiap seminit panggil mama suruh tengok dan puji apa dia buat
Sabor jer laaa!




See, my daun ketapang brazil hhehhee
Harap dapatla pokok ni bantu pengudaraaan yang baik dan sihat untuk bilik ni



Daun dah 4 helai gugur
Caner ni uols?
Baru 3 minggu kot beli hahahhaa



Inspirasi deko-deko



Bilik ni saya letak roman blind sekeping
Ni, saya bukak basuh, so tinggal langsir jer


Macam ni la SOHO saya yang latest
Tak tau la bertahan sampai bila, 
Nanti rasanya angkut semula masuk bilik dania tu hahaa.
Panas boleh tahan laaa huhuhu

Tapi sementara mak dan adik ada ni, bertabahla 
Waktu pagi, saya masuk sini lagi
Bila nak buat kerja petang atau malam
Saya angkut laptop bawak masuk master bedroom

Boleh buat kerja sambil bersila atau bergolek atas katil
Menyambil tengok tv sesama ngan nizam
Anak-anak, mak dan adik biasa tengok tv kat bawah

On ekon dalam bilik, pasang kipas siling, tutup langsir bergelap
Heaven!

Kang kerja ke mana, aku membuta tak hingat dunia hahhaa

Hmmmm... macam ni la kerja dari rumah macam saya 
Sederhana jer style saya, takder beria pun
Malas nak stress-stress
InsyaAllah rezeki Allah sentiasa ada

Okey, jumpa lagi... daaaaaaaa!


1 comment:

miss eimanhikmah said...

soho sy lama2 tak menjadi sebab skrg sibuk nk pindah pulak..hehehe