Wednesday, December 21, 2016

Taknak kerja opis semula ke?

Tengahari semalam, saja la kacau kawan lama masa kerja dulu
Whatsapp dia masa dah dekat pukul 2pm lebih kurang.
Dia tengah siap-siap nak masuk meeting.
Sempat la borak sekejap

Terbayang zaman kerja dulu
Kalau lepas lunch hour adalah meeting
Wow, mencabar sungguh fizikal dan mental
Sebab apa?
Semestinya sebab baru lepas lunch!
Kenyang dan diiringi pakej mengantuk hahahhaa

Tapi, biasa meeting kalau saya yang kena ambik minutes of meeting
Atau akan ada lambakan tugas kena buat lepas meeting
Memang tak sempat la mengantuk tu nak hinggap kat mata ni
Susah hati ada laaaaa!

Semua tu kenangan yang dah lama berlalu
Sekarang, takyah dah fikir pasal meeting bagai :P
Bahagia hidup.

Sekarang, nak masuk opis pukul berapa
Nak buat kerja bergolek sana-sini ke
Suka hati!
Janji masyukkk dan tak susahkan orang lain


Opisku, duniaku... gitew!


Sebelum stop the conversation tu.
Sempat la kawan saya tu tanya"
"You dah taknak kerja opis semula ke?"

Hahaaahaa. Saya jawab:
"Hhahaha, I dah tua U.
Lupa dah step bekerja dan cara bersosial.
I dah jadi makcik-makcik sangat wakakkaa.
Lagipun tak sampai hati nak bagi orang jaga anak-anak"

Wow... dramatik tak jawapan hehhehe
Kawan saya tu redha jer la menerima jawapan kawan macam saya ni.

Tapi memang betul
Saya rasa dah tak sesuai dah nak kerja opis semula
Dah kertu sangat dah, nak ulang balik zaman-zaman macam dulu
Cukup la dengan apa yang ada ni
Nikmati saja

Semoga Allah permudahkan saya raih rezeki dari rumah
Dan Nizam pun dipanjangkan usia, sihat... dapat bekerja dengan baik
Kami nikmati apa adanya.
Sederhana jer hidup kami
Takder nak kejar jadik kaya raya pun
Sebab dah tak terkejar rasanya hahhaa
Tapi, kalau Allah nak bagi, kami terima dengan gembira
Gitew!


No automatic alt text available.

So, apa plan untuk 2017?
Lagi 10 hari ajer lagi nak masuk tahun baru.


Semoga tahun 2017 adalah tahun yang penuh rahmat, berkat dan kegembiraan buat kita semua.
InsyaAllah.

No comments: