Posts

Showing posts from January, 2017

Nak pilih produk orang untuk jual

Hi Update laju-laju sementara Nizam kemas barang masuk dalam kereta Pagi konon nak bertolak balik Semenyih Sudahnya nan hadooo paginya hahhaa Gini la kitorang kalau nak gi memana Family dah masakkkk sangat dah dengan style slow nizam tu Hahhah, nizam yang kena ekkkk Yang bini dia ni siap sakan dok layan WA dan update blog
Ok, ni saya nak ulas sikit jer pasal bisnes Sebab sekarang ni macam-macam produk ada untuk kita jual Samada sebagai agent atau droshipper Haaa, ko pilih je Senah nak jual produk apa Tinggal nak ada modal (jika perlu) atau usaha jer Sebab, macam-macam ado untuk kita jual 
Tapi, kalau bebetul nak bisnes Pilih bukan sebarang pilih Janganla ada sebarang produk melintas ko nak try Atau pun bila tengok orang jual, eh kita pun nak try jugak Tengok produk A macam best, nak try Tengok produk B macam masyukk jer orang jual Kita pun tukar produk B pulak Begitulah seterusnya, sebab ada produk A-Z Why not aku try A-Z tu. Wahhh.... gitu, sudahnya sendiri stress dan demotivate Sebab…

Terrrr-balik kampung jugak!

Hai
Saya bersiaran langsung dari rumah ibu mertuaku, di Keratong
Kata taknak balik... padahallll balik jugak!

Cuti sekolah anak-anak pun sampai Selasa
Nizam pun tak kerja, bosan jugak kalu dok rumah
Cuma balik sini, line wifi alahaiii sendu gilaaa
Semalam dan kelmarin lagi teruks
Harini okey sikit, ni ambik masa update blog kejap sebelum maghrib

Al-kesahnya kitorang tetiba balik kampung ni camni
Petang Jumaat Dania ikut Mak Long dia balik Keratong
Hariz apaaa lagi, mengamuk la nak balik jugak
Dah dia tu, mana boleh berenggang ngan mama
Tidur kalau tak cium & pegang tangan mama, memang tak sah

Sudahnya
Hari Sabtu petang lepas Asar kitorang 3 beranak pun bertolak balik jugak
Penat dengan zikiran Hariz nak balik kampung

Kitorang pergi The Store dulu
Makan kejap, pastu carik barang sikit
Itu pun laju-laju, sebab taknak malam sangat bertolak
Awal tak awal pun, pukul 7.00pm baru gerak dari The Store
Alhamdulillah, selamat sampai umah Nenek Ucu dalam pukul 9.20pm

Suka kemahenn la Hariz
Se…

Gambar kat Entry Tak Keluar!

2 minggu lepas ada reader whatsapp btau
Ada certain entry gambar tak keluar!

So, saya pun cubalah randomly baca entry lama
Jumpa la beberapa entries yang tak kuar gambor

Aloh, letih makcik snap dan upload gambar
Sekali tak keluar yer

Nanti saya cuba google how to solve this problem
Sayang jugak takleh tengok gambar
Sebab certain entries tu pasal deko-deko

Bagi masa, insyaAllah saya cuba selesaikan.

Eh... ramai yang semangat cuti panjang ni
Balik kampung ke... pegi bercuti ke...
Musim banjir ni, hati-hati di mana jua berada yer

Kitorang tak gi memana, dok umah jer
Kesian anak-anak, cuti tak ke mana-mana
Dorang dah start cuti sekolah semalam
Bukak sekolah semula hari Rabu
Wah! Lama tu cuti

Apa pun, enjoi the holiday!

Besday Alish Next Week!

Image
Khamis depan, lagi seminggu, 2/2/17 umur Hariz genap 6 tahun Dia tak tau pun besday dia dah dekat Saja tak btau, nanti dia asik tanya bila... bila... bila Penat nak menjawab!

Itu belum lagi dia request nak hadiah, kek dan pegi otel ada kolam Parah sket anak bujang kitorang sorang ni Dia punya demand tu... phewww, lap peluh mak pak dia. Apa dia ingat mak dia keje pegawai, bapak dia engineer tnb hahhaa Maka, eloklah diamkan saja
Kita bagi la dia apa-apa surprise yang patut
Cuma kali ni, besday lebih special Tengok la nanti macam mana Semoga segalanya seperti perancangan dan dipermudahkan.
Dupp dapppp dupppppp dappppp!c

Dekorasi Throwback Masterbed Room

Image
Malas nak pikir nak bercerita pasal apa.
Musim hujan dan mendung, minda pun mendung jugak!

Scroll folder gambar tahun 2013
Jumpa la gambar deko lama ni
Masa baru pindah dok Semenyih
Layan jer la walaupun dah pernah share gambar ni

















Masa ni, bilik ni dijadikan playroom Dania-Hariz Pastu, letak almari pakaian, almari solek dan drawer baju Bilik master, bila ngadap cahaya petang memang panas la Langsir pun guna langsir lama jer masa ni Kelakar bila tengok balik hehehhe.
Hmmm... bila la dapat pindah dari sini Bosan dah dok Semenyih Sejak 2 minggu lepas, masalah kat salur kuar air mesin basuh Cik Ti pegi gigit wayar mesin basuh yang salur masuk lubang air keluar Dah jadi sumbat salur tu, melimpah air naik bila air keluar Stress dan penatnya rasa nak kena lap.
Pastu, bila membasuh kena tunggu depan mesin tu tekan PAUSE Bila nampak air nak melimpah naik, cecepat tekan PAUSE Berjam-jam baru siap membasuh sebab tunggu air kering sikit-sikit.
Ntah la... rasa macam-macam masalah la umah ni Menyes…

Bisnes De'Xandra Santai-santai jer!

Image
Hujan sejak malam tadi
Best... sejukkk jer, rasa nak tarik comforter membuta sejam dua hehehe
Tapi, semalam dah tak update blog, takkan hari nak lopong lagi entry
Wah, konon blogger tegar la sangat ni.

Malam kelmarin baru balik dari Keratong
Pukul 11pm baru sampai rumah
Sabtu petang balik sana, balik 1 malam jer
Penat pun tak sempat nak hilang.

Bila balik kampung atau pegi memana Bisnes De'Xandra jalan macam biasa Selagi ada demand, selagi tu saya akan supply Wah, gitew... dan dan kuar terms economy Padahal belajar economy-nya hancussss hahahaa
Ni gambar bulan 12 tahun lepas sebenarnya hahhaa Takder gambar saya tepek jer la gambar ni Saja nak menggambarkan betapa komitednya saya dengan bisnes Dexandra ni Ewah! Tajuk bisnes Dexandra santai-santai ajer, tapi komited Acaner tu?

Yer la, sebab pada saya bisnes Dexandra ni sesuai sangat untuk surirumah Yang nak jana income sepenuhnya dari rumah Santai pun, takder la bermaksud buat bisnes ala-ala hot-hot ciken sh*t kan Komitment tu mestil…

Bergambar dengan Transformer & Batman... eh?

Image
Masa papa dok bizi sumbat barang dalam kereta, anak-anak kene posing dulu hahaha. Kata mama photoholic kan? 




 See, anak dara i... posing silang kaki ngkooo!
Hahhahaha.


Masa hari mula-mula sampai lagi, Dania dah nampak replika Transformers dan Batman (eh, Batman ke apa lupa...saya tak kenal watak-watak superhero ni), belasah jer la Batman pun hahaha. 
So, sebelum balik tu, papa dorang turunkan kitorang 3 beranak untuk ambik gambar. So dia round la sekali sebab malas nak carik parking, nak bergambo jer pun. Dapat la anak-anak posing ngan superhero.

 Tu pesen Hariz senyum bila posing semenjak-duamenjak ni hehehhe




















Batman ke menatang apa yang tengah tu?
Pandai-pandai la korang kenal sendiri yer hahahha.

Ni semua dekat The Shore. Semua bangunan ni bersekali dengan hotel Swiss Garden tu. Sini adalah hotel jugak dan ada shopping Mall kat bawah tu. Kitorang punyalah malas nak keluar, Sabtu tu lunch kat Nandos dalam ni jer. Malam sebelum tu kuar makan ikan bakar kat Alai. Sabtu malam ahad, dinne…

Deko & View Cantik di Swiss Garden Hotel & Residences Melaka

Image
Bila keluar jer dari lift masa mula-mula sampai ke tingkat 10, iaitu kat bilik kitorang, saya rasa 'wowww cantiknya deko ni".
Simple but very stylish! Dengan seater 3 ketul jenis macam ni Sheer curtain kaler coklat, memang cantik sangat Mengadap pulak ke swimming pool, memang sejuk mata mandang.

 Ni masa nak check-out. Sempat suh budak-budak posing kat sini. Tapi gambar gelap sebab membelakangkan cahaya. Boleh la buat kenangan.




Soalan yang tak lekang dari mulut Hariz:

"mama, bila kita nak datang otel ni lagi, Alish sukaaa, best!"








InsyaAllah, panjang umur, murah rezeki, kita datang lagi


Love the deko & view so much! Bestnya kalau rumah sendiri ada area termenung berangan macam ni kan?
Hhahahhaha. Berangan taknak kalah tu!

REVIEW: Swimming Pool Swiss Garden Hotel & Residences Melaka

Image
Saya nak buat review ringkas jer mengenai swimming pool kat Swiss Garden Hotel & Residences Melaka ni. Tak perlu bercerita panjang, buat penat jer menaip, sebab korang mesti eksaited nak tengok gambar rather than baca bebelan saya kan... hehehhe
Dalam gambar-gambar yang saya share ni, untuk 2 hari. Iaitu Jumaat petang dan sabtu pagi. So, jangan kepelikan bila tengok baju seluar hariz dania berbeza-beza. 
Saya main letak jer memana gambar yang saya rasakan menarik nak share kat sini. View memang cantik dan damai jer. Best!














































Termenung memikirkan masa depan hahahha! Mak bapak malas nak terjun kolam sama.
Memantau anak-anak mandi sambil duduk-duduk sajork!


Besday Gateway @ Swiss Garden Hotel & Residences Melaka - Part 1

Image
Hujung bulan Disember lepas, kitorang berdua decide nak gi jejalan samada kat Melaka atau PD. Nizam suruh saya google dan booking hotel. Kriteria utama, mestilah hotel yang ada swimming pool yang best iaitu ada tempat mainan dalam tu. 
Mama punya besday, tapi Hariz jugak jadi keutamaan. Sebab dia ni, suka sangat pegi hotel. Google punya google, dan tanya kawan yang dah penah pegi Swiss Garden Hotel & Residences Melaka, swimming pool kat situ yang nampak paling best dan cantik.
So, 2 minggu sebelum berakhir bulan Disember tu, saya booking kat Swiss Garden Hotel & Residences kat www.booking.com untuk 3D/2N dari 6/1/17 - 8/1/17 (Jumaat - Ahad)
Masa booking tu, pakej untuk breakfast untuk room type yang saya pilih tu dah sold out. Tapi, tak kesah pun pasal breakfast tu, kitorang bukan jenis kaki makan pepagi pun. Buat penat jer terkejar-kejar pepagi nak makan, tapi makan tak seberapa.
Dah la memang dah tau sangat dah, mesti Hariz & Dania tak menyabo nak terjun kolam! Dorang m…