Sunday, January 22, 2017

Bergambar dengan Transformer & Batman... eh?

Masa papa dok bizi sumbat barang dalam kereta, anak-anak kene posing dulu hahaha. Kata mama photoholic kan? 





 See, anak dara i... posing silang kaki ngkooo!
Hahhahaha.



Masa hari mula-mula sampai lagi, Dania dah nampak replika Transformers dan Batman (eh, Batman ke apa lupa...saya tak kenal watak-watak superhero ni), belasah jer la Batman pun hahaha. 

So, sebelum balik tu, papa dorang turunkan kitorang 3 beranak untuk ambik gambar. So dia round la sekali sebab malas nak carik parking, nak bergambo jer pun. Dapat la anak-anak posing ngan superhero.


 Tu pesen Hariz senyum bila posing semenjak-duamenjak ni hehehhe





















Batman ke menatang apa yang tengah tu?
Pandai-pandai la korang kenal sendiri yer hahahha.


Ni semua dekat The Shore. Semua bangunan ni bersekali dengan hotel Swiss Garden tu. Sini adalah hotel jugak dan ada shopping Mall kat bawah tu. Kitorang punyalah malas nak keluar, Sabtu tu lunch kat Nandos dalam ni jer. Malam sebelum tu kuar makan ikan bakar kat Alai. Sabtu malam ahad, dinner carik asam pedas area taman apa, lupa dah.

Asam pedas tu tak sedap pun *taknak sebut nama*. Bak kata nizam, saya masak lagi sedap... ewah! puji nampak hahahhaa. Tapi memang tak sedap pun!

Kitorang ni, kalau bercuti tak suka jejalan merayap. Suka dok dalam bilik jer. Pastu, nak ke tempat ada ekon aka shopping complex! Dah la Melaka ni panas.. alahai tak sanggup nak berpanas berpeluh bagai.

Oh malam tu, nak naik Malacca River Cruise, tapi dah lewat lepas makan asam pedas tu. Dania pun dah tersengguk-sengguk dah. Kitorang tak perasan pulak yang hotel Swiss ni sediakan pakej untuk naik Malacca River Cruise. Nak balik tu baru nampak tepi hotel tu ada tempat menunggu untuk naik cruise.

Erkk. tapi sebenarnya bosan jer naik cruise tu hahhaha. Dah pernah naik sekali, tak teringin nak naik lagi, tapi Dania yang nak naik. Tapi tak jadi... sebab dah dania awal-awal dah nak membuta hehe.

Maybe next time....


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...