Thursday, January 19, 2017

Besday Gateway @ Swiss Garden Hotel & Residences Melaka - Part 1

Hujung bulan Disember lepas, kitorang berdua decide nak gi jejalan samada kat Melaka atau PD. Nizam suruh saya google dan booking hotel. Kriteria utama, mestilah hotel yang ada swimming pool yang best iaitu ada tempat mainan dalam tu. 

Mama punya besday, tapi Hariz jugak jadi keutamaan. Sebab dia ni, suka sangat pegi hotel. Google punya google, dan tanya kawan yang dah penah pegi Swiss Garden Hotel & Residences Melaka, swimming pool kat situ yang nampak paling best dan cantik.

So, 2 minggu sebelum berakhir bulan Disember tu, saya booking kat Swiss Garden Hotel & Residences kat www.booking.com untuk 3D/2N dari 6/1/17 - 8/1/17 (Jumaat - Ahad)

Masa booking tu, pakej untuk breakfast untuk room type yang saya pilih tu dah sold out. Tapi, tak kesah pun pasal breakfast tu, kitorang bukan jenis kaki makan pepagi pun. Buat penat jer terkejar-kejar pepagi nak makan, tapi makan tak seberapa.

Dah la memang dah tau sangat dah, mesti Hariz & Dania tak menyabo nak terjun kolam! Dorang mana pedulik air sejuk ke apa, janji dapat mandi kolam. Kalau ikutkan papa mama dorang ni, nak jer membuta tarik comforter sampai tengahari hahahha!

Bercuti dengan anak-anak macam ni la, anak tu keutamaan. Papa mama sila redho jer la yer :P


Kitorang bertiga (termasuk Dania la), tak bagitau Hariz pun yang kitorang nak gi hotel. Kitorang cakap nak balik rumah Nenek Ucu (umah family Nizam). Nak rahsiakan tu bukan setakat nak buat seprais untuk dia (eh macam la besday dia kan?), tapi sebab malas nak menjawab soalan-soalan sama dia.

"Bila kita nak pegi otellll. lambat lagi ke nak pegi.... bila nak sampai"

Aiyooooo, tensen uols! So, daripada menensenkan diri dan dia pulak kena marah, baik takyah cakap. Tunggu dah sampai jer baru dia tau, mana hala tuju kami sebenarnya.

So, Jumaat petang dalam pukul 2.30pm kitorang pun bertolak. Dania ponteng la sekolah agama hehhehe. Takpe, baru minggu pertama sekolah, tak belajar lagi. 


Pagi nak pergi tu baru berkemas. Bagus sangat kan, pastu sendiri stress dan rasa belum pegi lagi dah rasa letih. Ye laa, pompuan camni la, nak gi memana kita la nak kena pikir apa nak bawak dan berkemas. Umah yang nak tinggal pun walaupun 2 hari kena jugak kemas, takkan nak tinggal sepah-sepah. Balik dah penat, kalau umah sepah, kang stress pulak jadiknya. So, semua mesti kemas!


Hariz paling eksaited nak 'balik rumah Nenek Ucu'.
Gambar kecik, front camera, bila letak saiz ex-large jadi pecoh pulok.
Ada yang rindu saya tak? Hehhehehe.
Dah 38 tahun dah umurku 4/1/17 lepas.
Syukur atas segala nikmat, rezeki, ujian dan segalanya yang DIA berikan buat saya.
Doakan saya bahagia dunia akhirat ye.



Ni gambar dari Google Image.
Saya tak snap gambar hotel ni dari luar.

Cantik sangat view-nya kan?



Masa sampai tu, Hariz tidur. Terkejut dia bila sampai kat hotel lobby!
Suka lettew!

Masa ni dah siap check-in, saya guna debit card, senang
Ni masa tunggu Nizam parking kete kat Tingkat 4
Kitorang dapat bilik kat Tingkat 10
Swimming pool kat Tingkat 9.
Ini yang penting: swimming pool hehhee.

Menggeliat kesukaan nak terjun kolam ni haha.




Kitorang dapat bilik yang view mengadap The Pines Hotel, Melaka
Kalau bilik, saya suka bilik kat The Pines lagi.
Lebih luas dan cosy deko dia.
Tapi, kami suka tukar-tukar hotel, nak merasa mana best.



View depan pintu-pintu bilik



Kita room tour jer la yer, malas nak menaip :P

Saya ambik double bed.
Macam biasa, nizam akan rapatkan katil hahaha.
Nak tambah tilam pun membazir duit jer, sebab nanti akan berhimpit kat atas katil jugak.



Simple jer.



I like this area hehehe
Biasa la bila orang gila bisnes kan?
Gi memana pun, bisnes tetap ON selagi ada demand.
Tu yang bestnya online bisnes!
Jejalan ni pun, saya nak reward diri sendiri dan family.
Berpenat lelah bisnes.
Tapi saya bayar hotel jer hahaha. Lain-lain nizam bayar.
Apa yang pentingggg... kerjasamaaaa. ahaks!



Ruang menonton, simple dan kemas jer







Toilet memang bersih!
Bagi 5*
Bath tub pun best. Dania Hariz jer berendam dalam ni hahhaa
Kitorang berdua... hmmm tak kwase, landing atas katil lagi best!
Kali ni, nizam pun tak mandi kat swimming pool langsung.
Kitorang pantau jer anak-anak mandi sambil duduk-duduk.
OMG! Pemalasnya laki bini ni kan?




Tak kemas sangat dorang buat kerja ni hahaha.
Amboi, cerewet kan saya ni. Ahaks!



Amboiii, muka gembira sangat ni test bantal dan tilam hotel!
Siap puji-puji lagi... hotel ni cantik dan bersih.
Dia ni, lain sket perangai. Ala-ala OCD pun yer jugak hahaha
Ikut mama la ni... semua nak kemas ajer!



Dua beranak menikmati pemandangan 'bumbung' bangunan hahaha.
Ni Hariz dah siap tukar baju nak terjun kolam.
Kitorang saja datang awal, sebab nak bagi peluang budak-budak mandi kolam petang Jumaat.
Nasib ler ikut kerenah anak, kalau tak... papa mama berlingkau atas katil jer :P




Kitorang nak turun mandi kolam.
Ni area depan lift. Cantik!
View mengadap kolam.


Next entry, saya share gambar swimming pool Swiss Garden Hotel & Residences Melaka ni yer. Sebab saya yakin, kita as a parents kalau nak bercuti, anak-anak mesti nak swimming pool yang ada mainan (playground) dalam tu. Baru best kan.

Tunggu next entry :)

1 comment:

Zie Azi said...

ya, anak2 baya mcm ni, mesti nak playground, enjoy the moment kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...