Tuesday, January 24, 2017

Bisnes De'Xandra Santai-santai jer!

Hujan sejak malam tadi
Best... sejukkk jer, rasa nak tarik comforter membuta sejam dua hehehe
Tapi, semalam dah tak update blog, takkan hari nak lopong lagi entry
Wah, konon blogger tegar la sangat ni.

Malam kelmarin baru balik dari Keratong
Pukul 11pm baru sampai rumah
Sabtu petang balik sana, balik 1 malam jer
Penat pun tak sempat nak hilang.

Bila balik kampung atau pegi memana
Bisnes De'Xandra jalan macam biasa
Selagi ada demand, selagi tu saya akan supply
Wah, gitew... dan dan kuar terms economy
Padahal belajar economy-nya hancussss hahahaa

Ni gambar bulan 12 tahun lepas sebenarnya hahhaa
Takder gambar saya tepek jer la gambar ni
Saja nak menggambarkan betapa komitednya saya dengan bisnes Dexandra ni
Ewah! Tajuk bisnes Dexandra santai-santai ajer, tapi komited
Acaner tu?

Yer la, sebab pada saya bisnes Dexandra ni sesuai sangat untuk surirumah
Yang nak jana income sepenuhnya dari rumah
Santai pun, takder la bermaksud buat bisnes ala-ala hot-hot ciken sh*t kan
Komitment tu mestilah ada dan konsisten
Barulah ada hasilnya.
Manada join harini, esok lusa dah sales letops-letops
Itu magic, saya pun nak jugakkkk lah :P




Bila kat rumah sendiri
Saya lagi suka berbisnes di SOHO saya sendiri
Dapat allocate masa dan lebih disiplin gitew

Yelah, saya kena buat rekod sales, duit kuar-masuk & etc
Bisnes mesti ada rekod dan target
Kalau takder semua tu, memang ke lauttt nan dalam laaaa

Macam bulan ni, sales slow sikit
Agaknya baru lepas YES, baru bukak sekolah
Takpe, Allah nak kasik saya rehat sikit
Rezeki sentiasa ada, InsyaAllah
Ada syukur, takder syukur, sikit @ banyak kena syukur
Itu semua nikmat dan ujian.
Ia juga adat dalam berniaga

Yang penting, takleh putus asa

Okey, jumpa lagi dalam bebelan akan datang heh!

No comments: