Tuesday, January 10, 2017

Bits of Random

Assalamualaikum

Allahu, sedar tak sedar hari ni dah 10hb Januari 2017 dah
Haa, sedar tak sedar katernya, dasat sungguh si Ayu ni kan?
Memang rasa lajunya masa berlari nih.
Hari ni dah minggu kedua anak-anak sekolah
Semalam pun Hariz dah ponteng sekolah sehari
Selesema katanya, mandi kolam lama sangat
Tapi ajak pegi lagi tu!
Apa dia ingat papa mama dia chopp duit asik nak gi hotel jer

Jumaat petang - Ahad lepas kitorang gi Melaka
Mana lagi nak tuju heheh, Melaka jer la
Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat deting-deting kan!

Kitorang dok kat Swiss Garden & Residence Hotel, Melaka
Pukul 2.30pm bertolak dari rumah
Memonteng sekolah agama la Dania hehhee.
Stay sana sampai Ahad. Puas dok bergolek dalam bilik
Keluar bilik untuk temankan anak-anak mandi pool dan makan jer
Pastu, memang bergolek dalam bilik ajer
Memang heaven sangat!

Nak namanya kami ni berjalan pepanas untuk gi tempat bersejarah
Untuk carik-carik makan
Untuk posing-posing.... hmmm, memang gelap la masa depan
Kitorang ni jenis berjalan yang sangat pasif hehhee
Kalau boleh, makan pun nak dalam bilik jer
Samada tapau atau room service food jer
Tahap dewa tak kitorang laki bini punya pemalas tu?

Lagi pun Melaka ni panas!
Tak sanggup nak berpanas-panasan semata nak posing
Tapi... akan datang kena jugak berpanas
Sebab Dania ada sebut nak pegi A Famosa dan bangunan merah
Yelah, budak dah belajar Sejarah kat sekolah kan
Nak jugak dia tengok depan mata bangunan2 bersejarah tu

InsyaAllah akan dipertimbangkan *lap peluhh!
Nanti saya buat review Swiss Garden Hotel & Residence tu
As overall, hotel ni memang best!
Anak-anak pun suka sebab swimming pool dia ada tempat mainan dalam tu
Lagi best daripada The Pines hotel

Hariz dan Dania dah siap request nak ke Swiss Garden ni lagi
Amboiii!
Tatau la bila lagi dapat jalan-jalan dok hotel kan.
Maybe 8 bulan lagi nizam cakap
Hehhehe... kenapa?
Nanti saya share bulan depan hehhehe.

Eh, hari ni dah last day YES Dexandra tau
Sempat lagi korang nak beli Dexandra Perfume dengan harga berbaloi-baloi

Nanti buleh Whatsapp saya:
013 - 255 0727

Jumpa lagi :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...