Thursday, January 12, 2017

Dekorasi SOHO Ayu Rashid dengan Pokok Money Plant

Menjenguk ke laman nan menghijau
*Amboiii, taknak kalah tu, menghijau katernya!
Padahal senduuu jer, rumput sama naik ngan pokok bunga hahaha
Takper, janji pokok masih hidup, cantik ke tak laman tu belakang kira.

Terrr-nampak la pokok money plant jenis besar ni subur kemahen
Terima kasih Nek Jah, tolong buh baja ehhehee.
Terus rasa nak bawak masuk letak dalam rumah

Image may contain: plant and nature
Lihatlah duniaaaa... gebu kan?
Macam tuan dia jugak hehehhe.



Image may contain: plant and nature
Saya sumbat jer dalam bekas Ikea ni
Pastu, letak dalam SOHO aka bilik Dania




No automatic alt text available.
Letaknya bersebelahan meja belajar Dania-Hariz
Saja letak dalam SOHO, untuk mendamaikan mata gitew
Bilik ni, kalau naik kena pasang kipas dan ekon.
So, elok la ada pokok hidup.



Bila Hariz tengok pokok ni nak tau dia cakap apa?
"Mama, ni pokok sireh Abang Salleh!".


Wah, begitu katernya
Ni pengaruh Upin dan Ipin la ni
Yang episod Abang Salleh buat hantaran kawen
Haaa, tajuk 'Jari Jemari Salleh"
Eh, sampai aku pun leh ingat ni.
Nampak sangat layan citer Upin Ipin  hehe



Image may contain: indoor


Oh ya, ada sepokok lagi pokok money plant jenis besar macam ni
Yang tu lagi besar!
Siap menjalar ke tanah dah
Nak kena ikat kat kayu di pasu tu
Atau pun potong tanam dalam pasu lain
Sebelum ni dah potong dah tanam dalam pasu lain

Seronok tengok pokok bunga menggebu suburnya
Walaupun tak rajin membelai hahahhaa.
Janji minat tu ado
Kalau mati... kita belilah lagi kannnnn :P

No comments: