Wednesday, January 4, 2017

Happy New Year & Happy Birthday to Me!

Pagi ni, on jer laptop dan bukak google
Keluar la gambar ni kat Google's window:

No automatic alt text available.
Auwwww, terharu mak google wish besday
Hhahaa, padahal benda ni automated untuk google account users
Tapi bagi la chance nak feeling diingati google kan!
Thank you, anyway!


Bila umur dah makin meningkat ni
Dah takde impian apa dah nak capai
Yelah, lagi 2 tahun nak masuk umo 40
Kalau mat salleh kata life begin at 40
Kita ni sebagai umat Islam pulak lain
Kalau dalam usia 40 tahun tak berubah lagi, susahhh nak berubah'
Saya takut fikirkan dosa-dosa lalu
38 tahun, tak tau la banyak mana amalan baik vs buruk
Tak tau la timbangan kiri atau kanan yang lebih berat
Takut!

Sebab tu la
Tahun ni, takder buat apa-apa azam pun
Kalau boleh, nak setiap hari upgrade diri dan amalan

Paling utama
Nak jadikan setiap detik, nafas, usia dan perkara dibuat
Kerana Allah. Untuk jadikan ianya sebagai pahala

Memang tak dinafikan
Kerja dari rumah, dengan keadaan sekarang ni
Dan akan datang, penat fizikal dan mental
Yelah, pompuan bila dah kawen, ada anak
Dan diri sendiri juga sebagai seorang anak yang masih punyai ibu
Ibu yang dah sangat uzur dan sakit
Juga sebagai ahli keluarga
Banyak beban yang kena tanggung
Walaupun, ia mungkin dah tak perlu saya fikir dan ambik tau
Tapi, terpaksa dan tak leh elak untuk terlibat sama
Benda-benda macam ni banyak beri tekanan

Kadang-kadang, ikhlas tu terbang melayang
Tu yang asal-asal nak jadi pahala
Boleh turn on pulak jadik dosa
Takut!

Tahun ni, tak banyak nak mintak
Semoga Allah beri kesempatan pada kami untuk bersama mak (Nek Jah)
Berikan dia usia yang berkat 
Andai sampai masa mak saya pergi
Biarlah dia pergi dalam keadaan yang paling diredhai Allah
Sebagai anak, saya taknak mak sakit lama-lama
Dia sendiri pun cakap, dia taknak sakit lama-lama
Taknak susahkan anak-anak
So sad

Saya tak pernah share kan?
Mak saya pengidap kanser usus tahap 4
Tahu sakitnya dan operate pada hujung Ogos 2015
Saya tak suka share hal sedih di media social
Tapi, hari ni saya sudi berkongsi dengan pembaca blog saya ni

Setakat ni, alhamdulillah
Mak masih dalam keadaan sihat
Sihat-sihat macam tu jer la, dah umur pun 77
Kanser pulak tu. 
Mak tak ambik rawatan kemo, sebab dah berusia sangat
Since operate, mak pakai stoma beg
Kesian tengok. Allah jer tau perasaan ni.

Semua tu dugaan untuk mak dan kami sekeluarga
Semoga sakit tu penghapus dosa mak
Dan, Allah nak bagi peluang kat kami anak-anak dan keluarga
Untuk dapat pahala
Dan, masa sakit ni la. Saya kenal siapa yang boleh diharap dan sebaliknya
Kadang-kadang yang paling kita nampak hampeh tu la paling baik
Semua yang berlaku ada hikmah.

Eh, saya melalut pasal mak pulak kan?

Bukan apa
Terkenang mak kat kampung.
Rinduuu, sebab sebulan lebih dia kat sini

InsyaAllah, jika kami panjang umur
Mak pun sihat, bulan 2 mak datang sini lagi
Doakan yer, mak saya sihat dan panjang usia lagi

Sambung citer pasal besday saya pulak :)
Hari ni, Nizam cuti.
Cuti sampai hari Ahad nanti
Anak-anak dah ke sekolah
Nizam sedap lagi membuta kat bawah tu haaaa

Saya pulak, lepas kemas rumah sikit-sikit
Mandi, makan 2 keping biskut
Buat kopi secawan, terus naik kat SOHO on laptop
Ni yang update blog ni hehehhe

Sekali update blog, dah masuk hari ke-4 tahun 2017
Ya Allah, cepatnya rasa masa berlalu

Oleh kerana besday saya ni awal tahun
Kira impian tu boleh sekali harung la

Tahun ni tak banyak nak mintak dan impikan
Andai ada usia lagi, tak kiralah sampai bila
Semoga Allah ampunkan dosa-dosa saya
Allah berikan kesempatan untuk saya tambah pahala
Beri kesempatan bertaubat

Dan
Setiap hari saya nak cuba untuk jadi version Ayu yang lebih baik
Untuk Allah, mak, diri sendiri, suami, anak-anak, family dan semua orang

Untuk bisnes pulak
Tahun ni, still nak fokus pada bisnes Dexandra Perfume
Nak kembangkan network ahli keluarga Oh Wanginya
Nak sama-sama mereka jana income dengan Dexandra

Semoga tahun ni dapat buat saving 30k!
Jika tahun 2016 saya dapat buat saving 15k
Tahun ni, kenalah upgrade, kasik semangat sikit :)

Saya doakan semoga impian korang tercapai

Happy New Year 2017 
Happy Birthday Rahayu Abdul Rashid

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...