Friday, January 13, 2017

Hijau-hijau di dalam rumah

Musim nak letak pokok comel-comel dalam rumah tak pernah surut
Dan pokok yang sentiasa jadi pilihan mestilah 2 jenis pokok ni:


Pokok lidah mak mertua dan money plant, semestinya!
Dah ni jer pokok yang dapat sabar dengan tuan dia ni kan hahaha

Last week, hari Ahad sebelum bukak sekolah
Kami pergi pekan Semenyih beli pakaian sekolah Dania yang tak cukup
So, saya singgah kedai perabot beli rak buku seketul
Kat kedai Ah Chong (bukan nama sebenar) jer
Boleh la... sebab harga pun murah jer RM150

So, dah bawak balik rak buku tu, tak tau nak letak mana hahhaa
Sementara waktu, letak dulu kat tepi tv kat ruang tamu

Maka, nak jadikanlah rak buku tu sebagai rak hiasan kononnya
Saya pun kutip la 2 pokok yang kat atas tu di beranda
Then, sumbat masuk dalam vase

Dah jadi deko hijau-hijau dalam rumah
Suka pulak tengok pokok money plant tu berjuntai camtu
Ni yang beli kat Tesco beberapa bulan lepas
Hidup lagi ngko yer pokok :P
Sebab nizam cakap "aii, pokok nak mati pun beli"
Kan saya pernah share pasal pokok tu dalam previousss entry.
Now, telah ku buktikan
Tangan saya ni takder la panas melampau
Suam-suam kuku jer hahahhaa.




Hmmm... bilalah nak mengemas beranda dan laman rumah
Bersepah-sepah, menyampah tengok
Malu rasa kat jiran sebelah
Sebab kat lorong ni, rumah dia bersihhh gilerrrr

Ai is malu la kalau rumah dan laman bersepah
Macam... eh ehhh ko ni housewife, tapi malasnya mengemas
Haaa, gitu la bermonolog kutuk diri sendiri
Perempuan psycho sangat hahhaa.

Okey, nanti share lagi gambar deko hijau-hijau dalam rumah
Dengan pokok ketapang Brazil
Minggu rajin ni uols... jangan muntah yer :P

Lepas ni, bulan 2 dah kena start 'pasang badan'
Takleh dah buat kerja lasak
So, ni lah masa nak lasakkan diri 
Walaupun lepas tu mengeluh sakit dan penat
Hmmm... dah i takleh dok diam, nak wat caner huhuuu

Pastu nizam cakap "tu laaa, degil lagi... saper suruh carik sakit'
Sambil membebel-bebel dia urut kaki dan betis saya hahaa
Baik suruh Hariz, rajin dia tu urut
Walaupun rasa dia urut dan picit tu macam semut merayap jer :)


Till then, jumpa lagi!

No comments: