Friday, January 6, 2017

Laman yang Terbiar!

Lama tak bercerita pasal pokok bunga kat beranda dan luar pagar kan?
Pokok-pokoknya boleh la dikatakan subur
Itu pun sebab bulan lepas Nek Jah dok sini sebulan
Ada la dia bubuh baja sekali.
Nak harapkan saya buh baja... hmmmm, gelap masa depan hehe.

Kalau bab siram tu takpelaaa
Nizam rajin menyiram bila dia basuh ta*k kucing kat beranda tu
Kadang kena pesan kat dia
"Papa, tak payah siram pokok bunga, nanti mati terlebih air"

Sebab kan musim hujan dan selalu mendung ajer
Kalau yang luar pagar ok la lagi nak siram tetiap hari pun
Ini yang kat beranda, tak kena cahaya sangat
Memang reput la akar pokok kalu hari-hari siram.

Pagi tadi, masa tunggu Cik La datang ambik Hariz gi sekolah
Saya snap gambar pokok kat luar pagar dan beranda
Ni saya share dulu yang kat luar pagar punya.

Jangan terkejut!
Dah jadi laman terbiar, ala-ala semak samun dah
Hahhaha, punyalah pemalas nak jaga elok-elok.
Nak menanam pokok bunga sangat, tapi malas uruskan.
So, macam ni lah kejadiannya:

Image may contain: plant, outdoor and nature
Boleh tahan suburnya kan?



Image may contain: plant, outdoor and nature
See, rumput dah sama naik dengan pokok!
Dah la main letak ajer, takder la nak susun elok-elok cecantik biar ada rupa taman mini.



Image may contain: plant, outdoor and nature
Bila nak rajin ni?



Image may contain: plant, outdoor and nature

Actually, dah ajak nizam beli batu bata
Ala yang orang buat rumah tu
Nak susun elok-elok, pastu letak pasu-pasu atas tu

Yang kat beranda pun nak letak kat luar
Kecuali ketapang brazil
Sayang ohh nak letak pokok tu kat luar
Kang sesia kena cilok!

Tapi, nizam buat derk jerrr
Dia tau, kalau beli dia yang kena susun dan atur pokok
Bini dia ni tukang bagi arahan jer hahaha
Alaa... i kan wanita lemah yang tidak berdaya 
Tak larat nak angkat pasu beberat kan
Kalau pasu plastik yang tanam money plant tu boleh la hehe

Hmmm... tatau la bila laman dan pokok ni akan terhias indah
Sebab kerajinan belum turun dari langit ke-7.

Okey, nanti saya saya gambar pokok kat beranda pulak yer
Salam Jumaat. Selamat berhujung minggu!
Petang ni - Ahad insyaAllah kami akan ke Melaka
Besday treat dan babymoon katernya.

Jumpa lagi :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...