Monday, January 30, 2017

Terrrr-balik kampung jugak!

Hai
Saya bersiaran langsung dari rumah ibu mertuaku, di Keratong
Kata taknak balik... padahallll balik jugak!

Cuti sekolah anak-anak pun sampai Selasa
Nizam pun tak kerja, bosan jugak kalu dok rumah
Cuma balik sini, line wifi alahaiii sendu gilaaa
Semalam dan kelmarin lagi teruks
Harini okey sikit, ni ambik masa update blog kejap sebelum maghrib

Al-kesahnya kitorang tetiba balik kampung ni camni
Petang Jumaat Dania ikut Mak Long dia balik Keratong
Hariz apaaa lagi, mengamuk la nak balik jugak
Dah dia tu, mana boleh berenggang ngan mama
Tidur kalau tak cium & pegang tangan mama, memang tak sah

Sudahnya
Hari Sabtu petang lepas Asar kitorang 3 beranak pun bertolak balik jugak
Penat dengan zikiran Hariz nak balik kampung

Kitorang pergi The Store dulu
Makan kejap, pastu carik barang sikit
Itu pun laju-laju, sebab taknak malam sangat bertolak
Awal tak awal pun, pukul 7.00pm baru gerak dari The Store
Alhamdulillah, selamat sampai umah Nenek Ucu dalam pukul 9.20pm

Suka kemahenn la Hariz
Sebab utama nak balik tu, dia nak main dengan cousin dia

Haaa, dari semalam sampai petang ni
Sakan dorang 3 orang mandi kolam
Ada 2 kolam, cousin dia punya dan dia punya
Tak sempat kering lantai beranda Nenek Ucu
Tuala pun basah lencun
Naik setengah jam... eh turun mandi lagi
Mama dia... nak mandi 2x sehari pun kesejukan hahahha

Malam ni, cousin dia dah nak balik
Mak Long dah balik semalam
Kitorang InsyaAllah pagi esok
Pagi la sangat kalu nizam tu
Pukul 11.59am pun still pagi kan?

Banyak lagi hal nak setel sebelum Khamis ni
Ada lagi barang tak beli
Rumah nak kena kemas, pakaian nak kena kemas
Nak ajar Dania iron pakaian sekolah lagi
Haaiii.... semua last minutes disebabkan sikap suka bertangguh-tangguh

Semoga segalanya dipermudahkan
Dupp dapppp dupppppp dappppppppp!

No comments: