Tuesday, February 21, 2017

Bermula dan Berkembang

Bunga... bila dah kembang memang cantik!
See, gambar bunga ni. Cantik sangat!


Tapi, sebelum kembang mekar ni
Pokok bunga alami proses untuk bunga berkembang.
Step by step, kejadian yang Allah ciptakan.
Bukan tetiba ehhh, bunga dah kembang.


Macam tu la jugak dengan bisnes
Ia jugak satu proses step by step
Takder la buat bisnes harini
Esok dah boleh goyang kaki dapat duit
Ehhh, ada memang ada bisnes jenis gitu
Tapi, tu atas risiko memasing la yer
Hehehe. Sebab sekarang ni pelbagai scam ada.
Pepandai la nak jaga diri dan poket sdiri.
Sekali terjebak, menanges tak berlagu laaa.

Dalam bisnes apa pun
Ilmu tu penting
Tak kesahlah ilmu pasal apa asalkan membantu kita dalam bisnes

Contohnya ialah
- Personal branding
- Copywriting
- Storytelling
- Produk
- Pemasaran
- Social media
- etc

Belajar pulak boleh secara percuma, berbayar... ikut mana kita nak.

Skang, kat fb pun bersepah sifu-sifu dan mereka yang mahir dalam bidang memasing share pasal ilmu yang saya bagi contoh kat atas tu.

Kalau ada bajet dan kerajinan, boleh pegi kelas dan seminar. Kelas-kelas secara online dan personal coaching pun bersepah skang.

Tinggal diri kita sendiri ajer:
"Aku nak ke tak nak".

Macam saya, lebih suka dan selesa belajar sendiri. Baca sharing dari sifu-sifu, beli ebook dan buku.

Kalau orang kata "ko takpe la ko pandai menulis, ko ada banyak masa, ko buat ayat best, aku tak reti".

Itu semua ada "harga" dan "masa" yang dah saya korbankan.

Takder benda dan ilmu yang datang bergolek. Persoalannya nak ke tak nak jer. Ilmu saya masih cetek nak banding orang lain dalam bidang bisnes online dan kerja dari rumah.

Namun, Alhamdulillah. Sikit sebanyak ia bantu saya dalam meneruskan perjalanan kerjaya dari rumah yang sangat saya cintai ni :)

Kalau kata takder masa nak belajar, tu saya takleh kata apa laaaa. Semua tu atas diri masing-masing.

Macam saya, saya suka membaca dan menulis. So tak jadi masalah untuk saya hadap semua tu. Dah jadi passion.

Macam saya cakap kat awal entry tadi la
Bunga nak berkembang dia akan ada step sebelumnya dulu. Bukan kuar-kuar jer terus "nah! kembang semangkuk terus :P

Okey, nak kemas tilam hahahha
Ayra tidur lagi ni. Minah ni kalau pagi dalam pukul 7am dia memang lena. Kalau malam ekk ekkk ajer. Takder la melalak (nauzubillah), cuma merengek sket.

Nak sarapan dengan Vivix Shaklee dulu biar cepat sihat dan sembuh luka czer.

No comments: