Sunday, February 19, 2017

Dah Kena Fikir

Bila dalam confinement period ni kan
Kalau boleh nak masa tu berjalan cepatttt jer
Sebab apa?
Of course la sebab nak setelkan cecepat tempoh 'berkurung' ni
Kesian mikirkan Dania kat rumah
Macam mana la dia, Nek Jah & Ayah Su kat umah

Hari ni dah masuk hari ke 18
Nak kena pantang 40 hari? 44 hari? Atau 100 hari?

Bersalin czer ni, pantang kena lebih lama
Orang bersalin normal, 40 atau 44 hari dah buleh hipp hipp hoorey dah
Makan minum dah takder hal sangat dah nak balun apa pun
Badan pun dah bebetul sihat
Orang kata la... sebab saya tak pernah merasa bersalin normal
So, saya rasa, yelah tu.

Yang czer macam saya ni
Kalau takat 40 @ 44 hari.. atau membawa ke 100 hari
Ngilu kat perut tu masih lagi rasa yer
Nak melasak tak boleh, nak batuk bersin atau gelak macam nates pun takleh
Memang kena woww sopan sangat batuk bersin gelak tu
Kalau boleh, nak tahan takyah bersin batuk hahaha

Nak buat kerja melasak pun takleh
Lepas ni, kenalah mengemas rumah dengan sopan santun
Kena bajet ala-ala buat kerja sambil pakai kimono gitu hehehe
Takleh dah nak tolak-tarik perabot sana sini
Sobbb sobbbb... tak suka tau
Tapi nak buat macam mana, dah keupayaan diri dah terbatas
Lepas ni, bila Premium Beautiful dah leh pakai semula
Kenalah konsisten pakai, especially Waist Nipper
Semoga cepat la badan sihat dan baby Ayra pun senang nak diuruskan

Sekarang ni
Saya dah mula pikir macam-macam
Persediaan untuk mulakan 'hidup baru' di rumah nanti
Yelah, ada baby... totally gaya hidup akan berubah yer
Wow! Gaya hidup terus tu hahaha

InsyaAllah, Sabtu atau Ahad depan dah nak balik Semenyih
Walaupun masa tu belum cukup 40 hari
Tapi, kena jugak balik sebab minggu depannya tu
Ada appoiment kat Az-Zahra Bangi


Saya kena jumpa Dr. Fazlina, dan Ayra kena jumpa paed, Dr. Nazim
So, kalau tak balik weekend depan, bila pulak nak balik tu
Kenalah balik awal seminggu dari tarikh appoiment

Lagi pun, kesian Dania lama-lama tinggal
Ni weekend Nizam datang dia tak ikut sama
Sebab semalam ada kelas tambahan SRA untuk UPKK
Merengek jugak dia nak ikut
Tapi, bila ada kelas tambahan, terus OK.
Sebab dia sayang nak ponteng kelas tambahan

Balik sana nanti, Nek Jah dan Ayah Su ada kat sana lagi
So, still ada orang yang akan bantu saya kat rumah
Alahai, iols dah seram nak mandikan dan uruskan baby
Biasa kat sini, mak mertua yang uruskan semua
Hehhe, anak dah 3, tapi saya tak pandai  nak mandikan baby
Tapi, bila dah balik rumah... nak ke taknak, kenalah hadap
Semoga semuanya dipermudahkan

Hmmm... mungkin dari sekarang saya dah kena fikir
Menu sebulan untuk masak hahaha
Wah! Dah macam menu sebulan ramadhan dah kan?
Bukan apa, saya nak mudahkan urusan di rumah nanti

Ada baby pun, bisnes dan blogging kena teruskan
Kan tu sumber pendapatan saya
InsyaAllah, saya yakin semua akan ok-ok ajer

Okey, sekian bebelan. Dah panjang pun!
No picture lagi hehhehee. Malas nak upload.


No comments: