Thursday, February 23, 2017

Malu nak mengaku surirumah?

Saya kerap terbaca orang share ungkapan "malu nak mengaku surirumah".

Euwww... ko dah kenapa? Hina-dina ke pegang title surirumah?

Oooo... ni mesti sebab rasa takder khelasss jadik surirumah. #SentapMak tau :P

Alaa... biarlah orang nak pandang hina-dina ke, takder khelasss ke, sesia belaja tetinggi pastu tak keje ke... tu pandangan orang. Pedulikkan.

Kita susah ke, senang ke... belum tentu orang nak tolong. Lainlah kita ni tak keje sampai tahap nak mintak beras ngan orang kan.



Dah 6 tahun lebih tak kerja, so for ok jer. Alhamdulillah. Nak kata senang-lenang tu, takder la. Ada jugak masa sesaknya hahaha. Tapi, namanya nak kerja semula dengan usia yang dah kertu dan bertambahnya anak, rasa sangat tak sesuai dah.

Malas nak ulang semula life kuar subuh balik maghrib. Letih. Lagi kan nak kuar jejalan pun rasa alahai renyahnya nak siapkan diri dan anak-anak, apa lagi nak hari-hari gi keje.

Tapi, ni semua buat masa ni la. Manalah tau, masa akan datang... tetiber saya terrr-bekerja semula kan. Tu semua diluar perancangan dalam waktu terdekat ni la. Semua tu saya serahkan pada aturan Allah. Siapalah kita nak merancang masa depan.

Kang tetiba saya terrr-bekerja semula kang, ada pulak kena tempelak. "Eleh, dulu kata taknak keje dahhh".

Kehidupan dan masa depan sukar untuk diramal. Gitew. Apa pun saya terima ketentuan Dia. Sebab saya sendiri pun tak sangka saya akan tak bekerja. Sebab impian saya nak bina kerjaya memang tinggi sejak zaman kekanak lagi.

So, buat masa ini... saya nikmati kehidupan seadanya sebagai surirumah.

Nak ada income sendiri dari rumah, saya gunakan minat saya dalam penulisan sebagai sumber pendapatan.

Dan... semestinya juga sebagai Agent Dexandra Perfume!


Enjoy the journey!
Allah dah atur yang terbaik untuk diri kita.

Jangan sesedih kalau orang pandang rendah kat kita sebab kita surirumah. 
Kalau kita iya-kan apa mereka kata, maksudnya kita sendiri yang lebih dahulu letakkan diri kita ke level yang rendah. 

Wokey? 
Semoga entry taip laju-laju di depan Ayra ni dapat mengubat lara hati uols yang mungkin sedang down gilaaa. 

Nak jadi surirumah berduit sendiri, hubungi saya. Meh saya guide jadi Dropship Dexandra saya. 

Sempat lagi tuuuuuuu... :P


No comments: