Tuesday, February 14, 2017

Mother of 3!

Hi!
Lama tak bersiaran.
Last entry 30/1 lepas.
Masa tu, diri ni masih berstatus mother of 2
Ni, bila buat entry baru, ehh berstatus mother of 3!

What a suprised kan?
Eh, macam la orang kesah hahaha.

Alhamdulillah.
Penantian penuh dugaan selama 9 bulan berakhir sudah
Saya telah selamat melahirkan cahayamata ke-3
Baby girl, pada 2/2/17 kat Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, Bangi

Kami pilih tarikh untuk c-sect tarikh sama dengan Hariz
Hariz 2/2/2011, adik dia 2/2/2017
Jarak umur 6 tahun, jauh tu
Yang penting, bila tarikh besday sama, jimat bajet hahaa
Jimat duit beli kek, jimat duit gi hotel ewah
Sambut besday sesama 2 beradik terus
InsyaAllah, dengan izinNya

Hari ni dah masuk hari ke-13
Saya berpantang di rumah mak mertua
Dania dok Semenyih, Nek Jah dan Ayah Su datang temankan
Nizam kerja macam biasa, ke sana sini
Weekend baru datang sini huhuuu
Hariz mengamuk la jugak nak ikut kakak balik Semeyih
Takder maknanya, mana dia boleh pisah ngan mama lama-lama

Setakat hari ni, saya dan baby sihat
Semoga Allah permudahkan urusan kami
Untuk kembali sihat dan cecepat dapat  balik Semenyih
Rindu rumah sendiri.

Okey, baby dah 'nyanyi'
Nanti update lagi
Banyak nak share, rindu membebel kat blog hahaa

P/s: Bisnes Dexandra Perfume jalan macam biasa yer
WA: 013 - 255 0727

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...