Thursday, February 16, 2017

Otak Bisnes atau Dah Tebiat?

Hi semua
Update laju-laju sementara baby tidur
Takder gambar dapat ditayangkan buat pemanis entry
Sebab wifi kat sini sendu gila
Oh! May be jugak sebab dah data limit
Kene sabor tunggu 18hb, data renew
Buat masa ni, tabahlah
Sudilah baca entry tanpa gambar

Hari ni dah hari ke-15 dalam pantang
So far, alhamdulillah

Nurse baru jer datang buat lawatan tapak check ibu & anak
Jaundise baby dah takder
Sebelum ni ada, walaupun tak tinggi
Syukur
Jahitan czer saya (bahagian luar) nampak ok dah
Saya sendiri pun dapat rasa
Day by day, sakit dan ngilu kat perut makin kurang
Dah dapat bergerak cergas
Nak bangun duduk jalan pun takder la seksa dah

Kali ni, saya berpantang dengan makan produk Shaklee
Sebab memang berazam (lah sangattt) nak pantang bebetul
Dah berumur kan, dan kali ke-3 czer
Kenalah sedor diri, jaga kesihatan bebetul

Dalam dok berpantang ni pun
Otak ni, tetap fikir pasal bisnes hahaha

In fact, hari ke-3 bersalin dan masih di hospital
Saya dah ambik order Dexandra daripada dropshipper dan customer
Hhahaha, sampai geng dropshipper saya cakap rehat laa dulu

Well, dah terbiasa la uols
Lagi pun, tak fair utk Dropshipper saya kan
Dorang bisnes mesti nak kena jalan jugak
So, selagi mampu InsyaAllah saya jalankan tanggungjawab 

Ala... order guna hp pun boleh
Bukan susah pun, takder hal-lahhhhh
Lagi pun, selama 4 hari di hospital
Baby kat nursery
Saya berdua dengan nizam dok dalam bilik
Ko pandang aku, aku pandang ko
Ko tidur, aku tidur
Berlawan-lawan kitorang membuta hahaa
Nizam sampai siap dengkur-dengkur tidur
Eiii, geram jer rasa nak baling bantal haha
Ni saper jaga saper sakit ni?

Eh... bosan okey 3 hari terperap
Kalau tak sakit tu lain la hahhaa
Buleh la feeling hanimun 4 day/3 night kan
Ini, perut ko baru lepas dilapah-lapah

Syukur ada online bisnes, terisi masa
Maka, selagi ada peluang buat duit, buat ajer hehe
Rezeki jangan ditolak
Lagi pun banyak duit kuar buat persiapan nak sambut orang baru
Kenalah kaver semula, kan!

Sama jugak dengan nak update blog
Memang rasa kosong jiwa kalau sehari tak update
Wow, kosong jiwa tu... nampak nau menipu hahha

Yelah, dah biasa sharing dan membebel kat blog kan
Bila berhari-hari tak update, rasa rindu jari gemoks ni nak menaip

Berpantang kat umah mak mertua ni, alhamdulillah
Mak nizam jaga bagai menatang minyak yang penuh
Mak saya nak jaga sendiri dah tak larat
Syukur mak masih kuat, datang ke Keratong dan Semenyih
Sekarang Dania kat Semenyih di bawah seliaan Nek Jah & Ayah Su
Syukur, ini semua rezeki.
Allah permudahkan urusan kami sekeluarga

Oh yer, nanti ada kelapangan saya akan share
Pengalaman pregnant, c-zer dan berpantang anak ke-3 ni

Selow-selow saya share yer
Semoga ia dapat dijadikan panduan untuk bakal ibu
Sebab, czer 3x berturut-turut bukan mudah nak lalui
Kalau orang perbandingkan bersalin czer vs normal ni
Saya rasa nak sekeh kepala
Apa ko ingat czer ni tak sakitttt

Rasa nak putus nyawa tau masa mula-mula nak bangun dari katil
Euwwww! Seram ingat semula

Okey, nanti membebel lagi.
Panjang dah entry ni. Jumpa lagi bye!

No comments: