Monday, February 20, 2017

Umpama Sambut Kelahiran Anak Sulung!


Image may contain: one or more people and close-up
Tautan jari-jemari si ibu berusia38 tahun VS jari jemari si bayi berusia 19 hari!

Bila disahkan pregnant, saya dan nizam terus decide
Untuk 'merahsiakan'nya daripada pengetahuan umum
Kami hanya memaklumkan kepada keluarga terdekat
Dan rakan-rakan rapat ajer
Ada sebabnya, nanti saya akan share.

Bila dah selamat bersalin, baru nizam share di FB
Saya pulak share waktu malamnya
Ramai yang terkejut saya pregnant hehehe


Pada asalnya, kami merancang untuk ada 2 anak saja
Yelah, umur saya dah berapa kan
Nizam pulak jenis kerja tak tentu masa dan tempat
Untuk saya uruskan anak sorang diri, memang mencabar

Lagi pun, kitorang berdua jenis kurenggg suka budak hahaha
Pada kitorang masa tu, 2 dah cukup
Tapi, bila fikir semula
Dan tengok anak-anak berdua tu cepat jer membesar
Rasa sunyi dan fikir akan sunyi pada masa akan datang
So, kami decide untuk tambah lagi sorang


Tapi, masa ni barang-barang baby semua dah takder
Ada yang sedekah kat orang dan ada yang saya dah buang!
Saya ni kalau bab membuang benda yang dah tak guna memang win.
Yang tinggal cuma stroller dan playpan jer!

Itu yang bersalin kali ni, kena beli serba baru
Umpama nak sambut kelahiran anak sulung
Dalam dok beli barang-barang murah ajer
(Yelah saya ni mana mampu nak beli barang branded kan hehe)
Pun, memang beribu-ribu jugak habis huhuuu
Al-maklum ler, kaki online shopping kan hahaha


Then, pada bulan puasa tahun lepas
Allah bagi peluang lagi sekali untuk pregnant
Kali ni, saya dan nizam tak menaruh harapan tinggi
Sebab masa ni bleeding (masa nak raya puasa)
Doktor pun cakap, jangan berharap sangat
Doa jer banyak-banyak

Alhamdulillah. Ada rezeki kami. Baby survived.
Memang saya lembekkk gila pregnant kali ni
The struggle is real!

Tapi dalam dok lembek dan alahan gila tu
Bisnes dan blogging jalan macam takder apa, kan?
Malah rezeki dalam bisnes Dexandra melimpah ruah
Syukur Allah bagi kekuatan dan rezeki.


Nanti saya share lagi kisah pregnant kali ni hehe
Memang mencabar sangat
Sebab pregnant Dania & Hariz saya takder alahan
Kali ni,,, hmmm sampai 2x kena drip sebab takder tenaga

Eh...
Ayra dah ngekk ngekkk nak susu ni
Ini pun menaip laju-laju
Itu yang entry caca-marba jer, tak sempat nak fikir dengan waras :P

1 comment:

Nona Qiyah said...

Selagi muda, on jela..beranak.hahahaha~
cuma zaman skrg memang agak kritikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...