Wednesday, February 22, 2017

Update guna HP jer

Hi.
Menyambil sementara tunggu nak tidur. Baby Ayra, bila lepas mandi petang memang time dia lena tidur. Bangun kejap menyusu pastu sambung tidur. Itu pun menyusu mata bukak sikit-sikit jer.

Tapi kalau malam...
Memang dia tak nanges, cuma kerap terjaga. Ekkk ekkkk, menggeliat pun bunyik! Manalah mama dan nenek ucu nak tidur lena kan.

Pastu kalau lambat bagi susu, dia punya meraung tu perghhh! suara macam baby besar. Kuatnya suara, tak padan ngan badan yang kecik cinonet jer.

Oh yer, harini baby Ayra dah umur 21 hari aka 3 minggu. So, mama dia pun dah 21 hari la dalam pantang.

Saya update blog ni pun guna hp jer. Semalam punya entry pun guna hp. Malas nak on laptop. Rasa renyah ajer. Dah la takder meja, seksa jugak rasa kena duduk bersila. Tak bagus untuk area luka czer dan area perut.

Cengginila "SOHO" saya kat sini hahaha. Nampak, "deko items" paling mahal atas tilam tu ;)


Kekadang saya letak jer laptop kat ruang tamu depan tv. Nizam belikan meja jepun untuk saya dan Hariz guna.

Tapi, bila dah cuba update blog guna hp ni, rasa best pulak menaip santai-santai guna hp jer. Sambil baring pun bolehhh.

Asalkan dapat update blog, dapat bisnes dan dapat melayan internet, hp pun hp-lahhhh.

Bukan lama pun tempoh pantang ni. Ahad nanti dah nak balik Semenyih. Rindu rumah sendiri.

Okey, nak kemas tempat tidur hehehe. Sepanjang tempoh ni, tidur kat ruang tamu sekali dengan mak mertua.

Bye!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...