Friday, March 3, 2017

30 Hari Sudaaaa!

Alhamdulillah. Hari ni dah 30 hari saya bersalin anak ke-3. So, maksudnya baby Ayra pun dah umur 30 hari!

Dah nampak dah pipi dia macam pau kecik. Geram jer nak cubit-cubit.

So far, semua ok!

Alhamdulillah. Saya dah makin sihat. Baby pun sihat. Ada la masalah sket-sket kan. Biasa la, manada yang bila bersalin mak dan baby 100% sihat dan mudah urus semuanya.

Macam kekadang rasa sakit situ sini, baby kembung perut la... baby berak kerap laaa... baby taknak tidur lena memalam la... baby asyik menggeliat sampai bunyik-bunyik sampai tahap mama dan orang lain takleh lena hahaha.


Haaa, itu laaa baby kami. Menggeliat sampai bunyik2, muka merah... asik terkejut jer tau.

Ni orang kata sebab cuci dan keringkan baju guna washing machine la ni. Erkkk, nenek ucu cuci tangan. Keringkan tu tak pasti. Sebab tak pernah tengok atau tanya.

Tapi.. saya pulak dah balik Semenyih campak jer dalam washing machine. Baru semalam start cuci tangan dan tak keringkan guna washing machine. Seksa la nak kering sebab umah ni manada tempat nak tadah kat matahari. Tabah jer la. Kita tengok camner perkembangan baby nanti.

Kami dah balik Semenyih hari Sabtu minggu lepas. Masa tu saya baru 24 hari. Jumaat (esok) patut ada appoiment dengan Paed. Tu yang kena balik. Tapi semalam nizam suh call mintak postpond hari lain next week.

Hariz dah mula sekolah semalam. The struggle is real yer bila dah balik sini. Kat umah mak mertua dia uruskan semua. Balik sini berhuhuuuu la saya. Tak sampai hati nk biarkan Nek Jah buat semua. Mana boleh buat sendiri, saya gagahkan diri buat.

Ikutkan sakit jugak. Tapi terpaksa. Tensen jugak rasanya huhuuuu. Yelah bersalin czer ni sakitnya lama kat perut. Takut jugak sebenarnya. Tapi tawakal jer la.

Okey. Nanti bercerita lagi yer.

No comments: