Thursday, March 23, 2017

50 Hari... Merayap sana sini sudah!

Hari ni dah masuk hari ke-50 saya bersalin
Nama baby Ayra Safiyya.
Tapi nama fofular dia yang abang Alish bagi: Ayra Sopiya
Ni dapat lagi nama lagi fofular: Ayra Lego
Ayah Su dia bagi, sebab muka Ayra dah gebu, jadi segi 4 sama

Haha... memang berisi betul badannya
Kuat menyusu.
Masa lahir cinonet jer 2.3kg
Masa pegi inject untuk umur sebulan, berat dah dekattt 4kg!
Paed dan O&G cakap ni dah terlebih berat ni
Haa, cerah masa depan nak gebu macam Abang Alish ni.

Throwback: Day 4 masa nak discaj


Muka sebijik sejibun macam Dania.
Ni gambar nampak muka pertama kat social media saya share.
Kat IG personal jer share sebab tu saya jadikan family's album

Bercakap pasal hari ke-50 bersalin
Saya masih lagi makan minum berpantang (sikit-sikitt la)
Kali ni kononnya nak jaga badan sebab nak sihat
Ais pun konon at aleast 100 hari baru minum
Kita tengok, mampu bertahan ke tak hahaha

Pastu, Nek Jah kan ada dok dengan saya sejak balik dari Keratong
Lagi la makan kena berpantang lagi
Dah tu... itu tak boleh, ini tak boleh
Kenalah ikut!

Perut still rasa kebas lagi bahagian luar
Bahagian dalam, masih sakit lagi
Kalau banyak bergerak dan melasak, terasa sakit tu
Ini ikut pengalaman, mau makan tahun
Sesaper pernah czer, dia tau la sakit tu camner
Tabah jer la.

Bab berjalan, takder masalah hehehe
Hari ke 45 iaitu Jumaat lepas dah jalan jauh
Dari Semenyih - JB
Sib baik Ayra ok jer, walaupun masa tu dia selesema
Malam tu jer dia merengek, agaknya hidung sumbat & penat
Pastu ok jer

Mama dia pulak, dah siap tawaf kat Aeon Tebrau City & Ekonsave
Wah... gigih ngko nak pegi Kaison punya pasal
Tapi, sedehnya takder banyak pilihan barang kat Kaison situ
Berkenan jugak dengan lukisan besar 
Tapi, macam mana nak bawak balik
Rakyat jelata dah penuh kete hahaha.
So, tak membeli apa-apa pun.

Hari ni JB cuti
Kalau jadi nak keluar deting dengan member Hai-O dulu
Sesambil tu, hari ni nak sambung update blog baru

Oh... saya tak btau lagi kan kat sini (Fesbuk dah btau)
Saya ada join 1 bisnes baru
Nanti saya share next entry yer.

Jumpa lagi, bye!

No comments: