Tuesday, March 28, 2017

5S Laci Workstation

Nampak jer dari luar meja workstation ni macam kemas jer
Tapi hakikatnya kat dalam laci tu... pengsan!

Asalnya kemas jer
Tapi, biasa la... bila semua benda nak sumbat dalam tu
Sampai plastik parcel poslaju yang beli barang online pun sumbat dalam tu
Ni kes bila parcel sampai, bawak naik kat SOHO
Bukak kat atas ni
Tong sampah takder, jadi sumbat dulu dalam laci 
Dengan harapan, nanti la buang
Sudahnya berabad dok dalam tu

Tu belum kira rakyat jelata berdua tu punya kerja
Dorang 2 beradik tu suka ambik kertas A4 dalam ni
Tau jer la kan, bila nampak buku lain dalam tu nak tengok la

Nak berkemas dari sebelum bersalin lagi
Tapi, tak terbuat-buat jugak. 
Tak larat dan malas pun yer jugak hehehe

Sudahnya, petang semalam saya kemaskan 
Sementara Nek Jah dan Ayah Su dorang ni ada sini lagi
Dah dorang takder, rasanya tak terbuat dah ni

No automatic alt text available.
Ko ado laci meja camni? 


No automatic alt text available.
Banyak sampah jer sebenarnya yang disimpan selama ni



No automatic alt text available.
Nampak sangat kaki online shopping kan?



No automatic alt text available.
Sediakan plastik sampah sesiap. Memang buang terus apa yang tak perlu




SELEPAS!
syabbas mere bette *tepuk bahu sendiri*
No automatic alt text available.


No automatic alt text available.
Ebook yang saya print dan diary biru dan planner tahun-tahun lepas.


No automatic alt text available.
Yang merah besar tu folder Dania masa Tadika Nuri dulu.
Ada sijil-sijil dan gambar.
Lain tu, seketul majalah Impiana & Mingguan Wanita yang saya pun lupa dah ianya wujud hehee.


Dah siap berkemas dalam laci, saya sambung kemas atas meja pulak
Buku dan planner yang tak guna sangat, saya simpan dalam laci jugak.

Next entry saya share gambar atas meja pulak yer
*Nampak nau takder idea nak berblog
Satu benda buleh jadi 2 entries ngeh ngehhhh!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...