Friday, March 10, 2017

Bercuti dengan Baby?

Bila saya pregnant, terus kitorang rasa hmmm, lepas ni susah dah nak bercuti tdo hotel. Sebabnya kitorang pernah ada pengalaman seram masa Dania kecik.

Masa tu, umur Dania tak sampai setahun lagi. Belum boleh jalan lagi. Kitorang ikut family kakak nizam bercuti kat PD. Malamnya, Dania melalak-lalak nanges. Lama pulak tu. Aduhai, terus serik rasa nak pegi hotel bila ada baby.

Tapi, ada jugak cakap ngan nizam:
"Agaknya tu apartment lama, macam apartment orang tak stay sangat jer. Kalau hotel macam The Pines atau hotel baru-baru yang mahal ok kot"

Hahhaa... nak jugakkk tu!

Masa kitorang kat hotel Swiss Garden Melaka bulan January lepas, masa lepak-lepak atas kerusi sambil tengok anak mandi kat pool, kitorang nampak ada couple bawak baby kecik lagi. Maybe dalam 5 -  bulan umurnya. Baby tu dorang letak dalam stroller.

Nizam cakap:
"Tunggu lepas raya puasa, baby dah umur dalam 6 bulan, baya-baya baby orang tu, boleh la kita try bawak ke sini semula".

Yeay! Erkk... tapi lama lagi tu hahahaa.

Hariz pun dah bunyik-bunyik dah.
"Mama, bila nak pegi otell ada kolam yang ada mainan dalam tu, Alish sukaaa laaa"

Kenalah tunggu Adik Ayra besar sikit. Apa-apa pun, buat masa ni kita layan jer la gambar throwback jalan-jalan ni. Rindu pulak zaman budak berdua ni kecik lagi :)


Zoo Melaka - 2013



Mahkota Hotel Melaka - 2014 kottt


Kondo Peranginan TNB, PD - 2016




Untuk masa sekarang, no more hotel-hotel.
Kalau nak jejalan jauh, kita balik kampung jer hahaha

InsyaAllah, cuti sekolah minggu depan kita gi JB.
Bawak Nenek Jah pegi umah kakak saya kat sana.



No comments: