Friday, March 17, 2017

Cuti sekolah ni pegi mana?

Esok dah start cuti sekolah. Seronok seronok seronok!
Saya ni bila cuti sekolah atau wekeend pun, sukaaa sangat
Kalau certain ibu, dia lagi suka anak sekolah
Saya pulak suka dorang cuti, ada kat rumah
Life masa dorang sekolah lagi huru-hara rasanya hehe
Ni dah ada baby, rutin pun dah berubah

Hari ni day 44 bersalin
Saya dah makin sihat, cuma perut still sakit lagi
Saya melasak sangat jugak kot
Yelah, dok umah sendiri manada peluang nak rehat bebetul
Sobbb sobbbsss...

Ayra pun ok-ok jer
Bulat dah pipinya, lengan pun dah 'berketak' sikit
Siang tidur, malam tak lena... adusss!

Nek Jah dan adik ayu masih kat sini
Semua masih under control, sebab dorang tolong jugak
Cuma rumah jer la bersepah-sepah
Dah ramai rakyat jelata kan, susah nak berkemas sakan
Tabahla duhai mata dan hati
Nanti kita deko raya terus heheee.

Cuti sekolah ni, kami plan nak ke JB
Rumah kakak saya kat Taman Daya
InsyaAllah, pegi esok dan maybe stay seminggu kat sana

Nizam Ahad dah kena balik untuk kerja
Maybe Jumaat depan dia datang sana
Sabtu atau Ahad balik sini semula
Bertahun dah tak gi JB

Malam tadi, ber-whatsapp la kami 3 beranak
Hahha, Dania la ni gatal buat whatsapp group
Bak kata Nizam: Eleh, 3 orang pun nak buat group ke

Takpe, senang saya nak membebel dalam tu
Biar dedua orang tu terus baca secara berjemaah.


Cuba baca WA ni:


Seriusly saya lupa ada baby hahahhaa

Macam ni la kalau 6 tahun gap bersalin
Rutin harian dah berubah
Banyak benda baru nak kena adopt semula
Kekadang saya terfikir
"Ehhh, ye ke aku ada baby ni, ehhh, macam tak caya ada baby lagi"

Wahh... gituuuuu.

Bila tengok Ayra, rasa macam tak caya jer
Ada lagi budak kecikkkk dalam family kami
Hariz la paling sayanggg kat adik dia tu
Padahal sebelum ni dia bengang gila bila scan adik tu pompuan
Dia nak adik boy. Boleh main lawan-lawan (dia kan otromen)

Tapi...
Bila adik dah lahir, dia lagi concern daripada dania
Asal ada bunyik jer... terus dia akan cakap dengan nada lembut gila
"Kenapa Ayra Sopiya... nak susu yer... kejap ehh kejappp"

Kalau nenek mandikan adik pulak dia marah sangat
Sebab adik nanges, dia marah la.
"Nenek, jangan mandikan adikkkkk!"

Hahahaha.. sabor jer lah!

Tapi, bila tengok hariz tidur kan
Kesian pulak. 
Pandai dia bawak diri
Yelah, sebelum ni dia la mama dia dok belek kan
Walaupun dah 6 tahun, nak tidur pegang tangan mama lagi
Dia suka cium tangan saya ambik aura bau hahaha
Bila dia rasa dia nak cium, dia cium la
Umpama melepas rindu gituuu
Siap sedut hidu lama-lama tu, buat 'simpanan' bau

Nizam pun kekadang cakap
"Kesian tengok hariz, pandai dia bawak diri dah ada adik'

Ni Hariz yer, bukan Ayra.
Gap umur Dania & Hariz ialah 5 tahun.

Macam tu la kan. Normal la anak-anak macam tu
Manja macam mana pun, bila ada adik, dia akan sedar diri hehhee

Okey korang,
Selamat bercuti sekolah. 
Ni yang best tak kerja dah, buleh gi memana takyah ambik cuti hehe
Kalau kerja lagi, bukan senang nak cuti seminggu kan.

Till then, nanti saya akan bersiaran dari JB pulak
Oh! Bisnes Dexandra jalan macam biasa yer
Contact la kalau nak beli perfume atau nak join Dropship 

Cuti ke... apa ke.
Bisnes tetap jalan.
Hehhehehe... Bye!

1 comment:

MamaBard said...

Kami takde plan nak ke mana-mana cuti sekolah ni. Duk kat rumah je la. Huhu