Wednesday, March 15, 2017

Dania Safiyya vs Ayra Safiyya

Malam tadi saya share gambar ni kat FB dengan captions: Baby



Sekali... bersusun komen cakap tu Ayra!
Yup... saya belum lagi share gambar Ayra kat FB dan blog
Kat IG personal dah share (saya ada 2 IG, satu personal, satu biz Dexandra)
Kat IG personal tu, hanya family dan kawan rapat jer 
Sebab IG tu memang khusus untuk 'save' gambar kami
Muntah ijoo ler sesaper yang Follow IG tu yer hahaa.
Nasib korang ler kikikiiii.

InsyaAllah, soon saya akan share gambar Ayra
Nanti muntah ijooo pulak asik tengok gambar Ayra
Maklum ler, anak bongsu kan, eksaited tu lebih hehe.

Tapi, memang tak dinafikan pun
Muka Ayra sebijik sejibun dengan Dania!

Masa bersalin tu, Ayra ada problem pernafasan sikit
Pastu, sel darah putih dia tak normal (lebih banyak dari sepatutnya)
So, lahir jer kat nursery tu, dia dibekalkan dengan oksigen
Dalam 2 hari jugak la bergantung ngan bantuan oksigen tu

Saya pulak czer kan.
Dapat tengok dia masa nurse tunjuk waktu keluar dari perut tu jer
Sedih gilerrrr sebab tak dapat susukan dan pegang dia
Esok petang tu jer boleh pegi kat nursery tengok, pegang dan susukan dia
Itu pun saya kuatkan semangat cepat-cepat bangun belajar jalan
Hari kedua petang baru dapat tengok dia huhuuuu.

So, hari lahir tu, Nizam snap gambar dia (dari luar tingkap nursery)
Dapat la saya tengok gambar ajer

Ya Allah, memang sebijik sebentuk dengan Dania
Cuma, masa lahir muka Dania macam bengkak
Ayra elok jer, tak bengkak pun
Agaknya dia lahir awal 2 minggu, dania pulak awal 3 hari dari EDD.
Tu muka tak bengkak si Ayra ni
Hehhe, memandai jer saya ni :P

Sampai hari ni pun
Bila tengok Ayra, rasa Allah kembalikan kenangan Dania baby dulu
Rasa macam pegang Dania jugak!

Sebab tu kawan dan family yang tengok gambar Ayra
Dorang kata sebijik Dania.


Mata sama sepet dua beradik tu.
Bibir Ayra jer tak sama Dania. Dania jenis naik sket bibirnya hahaa.
Cenggini ke muka Ayra nanti?

InsyaAllah, bila sampai masanya
Saya share gambar Ayra kat sini

No comments: