Wednesday, March 8, 2017

Happy Birthday Husband & Happy International Woman Day!

Hari ni besday husband saya ke-37 tahun
Tapi sayangnya... dia keja kat Bera
Sobbb sobbb, takder kuar-kuar makan atau merayap
No cake... no jejalan... dan lagi sobsss no hotel-hotel
Dok la mereput dediam kat umah makan nasik

Takper, memandangkan hari ni dia takder depan mata
Pepagi tadi dah WA dia wish happy besday

Untuk mengubat duka lara tak dapat makan kek
Kita layan gambar sekeping.

Motippp!
Besday laki, tapi anak bini menyebuk sekali
Ni gambar masa anniversary kitorang tahun lepas.
Kat The Pines Hotel Melaka. Masa ni saya peknen dalam 3 bulan kot
Tengah mabuk teruk lagi, tapi bila pegi hotel... terus mabuk hilang hahaha
Balik rumah, sambung mabuk semula
Dasar sangat kan kaki jalan :P



Hari ni jugak adalah International Woman Day!
Image may contain: flower and text

Tak kira apa jua hari yang disambut pun
Saya tak sabar nak sambut hari 'merdeka' saya
Hari habis pantang!

Hari ni dah day 35
Hoyeahhh... nak kira 40 hari ke 44 hari ni?
Okey, saya berdisiplin kononnya
Saya kira habis pantang pada hari ke-44

Erkk... nama jer abes pantang
Bab merayap tu ok la, cuba jalan kena sopan lagi
Sebab still sakit lagi bahagian perut
Bab makan pun kena berpantang lagi huhuuuu

Cuma, bila dah habis pantang 44 hari
Bebas la nak ke sana sini, kan.

Tak sabar nak gi JB
InsyaAllah, takder aral kami akan ke JB cuti sekolah nanti

Okey, nak turun bawah. Ayra dah bangun tidur agaknya
Perut pun dah lapar ni, makan dulu
Ape sangatlah sarapan roti 2 keping.
Nak kena mencarik nasik jugak walaupun baru pukul 11.30am!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...