Monday, March 6, 2017

Mencari "Tune" Yang Hilang... wow tajuk!

SOHO masa baru balik Semenyih lepas 24 hari tinggalkan rumah
Kemas sikit-sikit, tak letak pokok lagi

Masa pregnant, saya mabuk agak teruk.
Kalau ikutkan rasa binasa dan layan mabuk dan tak larat
Memang saya bungkus laptop sumbat masuk dalam lemari
Pastu, kerja saya terbungkang dalam bilik berkurung bergelap
Turun bawah cuma nak makan, makanan dah siap hidang atas meja
Amboi... berangan la ko, sampai mati tak dapat macam tu hahah.

Tapi...
Bila kerja sendiri, tak payah nak ikut rasa sangat
Abes jer tempoh kritikal mabuk selama 3 bulan
Saya kuatkan diri jer buat kerja rumah dan bisnes macam biasa
Cuma, saya let go job as Ghostwritter untuk 1 blog Elken 
Blog tu dah lebih kurang setahun saya jadi penulis hantunya

Kebetulan pulak masa baru pregnant dan mabuk teruk tu
Tuan punya blog tu tukar platform blogger kepada wordpress
Saya tak biasa dengan wordpress dan tak larat nak blaja
Padahal, mudah jer sebenarnya, lebih kurang sama jer
Tapi, masa tu memang tak larat... tengok laptop pun loya
So, saya undur diri sebagai penulis hantu kat blog tu

Then, saya fokus pada bisnes Dexandra jer.
Alhamdulillah, sales macam biasa.
Rezeki kami dalam team Oh Wanginya tak putus-putus

Saya keep on menulis di blog ni dan blog Dexandara Oh Wanginya
Walaupun pada awal 3 bulan peknen tu saya melepek
Dan bulan-bulan seterusnya tu, bila perut makin membesar
Rasa tak larat nak duduk lama-lama kat kerusi SOHO

Tapi... ku teruskan jua jebat!
Sampai bengkak dan kebas-kebas kaki huhuu
Tapi, bila kenang balik zaman kerja dan mengandung Dania dulu
Lagi teruk, kan.
Dah sah-sah kerja opis... kena manjang duduk kat kusi buat kerja
Takleh MC or cuti sesuka hati
Ini... sehari takat sejam dok kat kusi buat kerja layan internet
Jangan la mengada ayu oii nak merungut bagaikan
Kekadang tu, buat kerja tak seberapa
Tapi dok blogwalking atau dok layan shopping web ahhaha

Ni, bila dah balik sini
Walaupun tak habis pantang lagi
Dan hari ni dah hari ke 33
Saya masih mencarik tune!

Memang hilang wehhh tune tu
Sebab saya jenis kerja tak suka diganggu
Saya kena fokus.. tenang dan rumah kena kemas haha
Ni, nak naik atas kat SOHO pun kene curik masa

Waktu ni ada lagi Nek Jah dan adik ayu
Dapat la dorang tolong-tolong jugak
Lagi pun, Ayra jenis waktu siang dia tidurrrr jer
Malam...OMG! stress wehhh dia tak tidur
Pastu merengek la jugak. Asik nak susu jer
Kang manjang bagi susu, terlebih susu pulak.

Malam tadi paling worst setakat ni
Dia tak tidur langsung. 
Adala macam tidur-tidur ayam tu
Tapi, macam tak tidur laa... 
Sebab saya baru terlelap, dia dah merengek semula

End up, 5.30am baru dia tidur!
Itu pun Nek Jah turun tidurkan atas riba

Ayra punya pasal, sudahnya Hariz tak gi skolah harini
Saya  terbabas tidur!
7.15 am baru terjaga.
Nek Jah naik atas lepas dania gi sekolah
Dia tak kejutkan saya, sepatutnya kalu dia kejut 7am tu
Tu memang time hariz bangun bersiap ke sekolah la

Hmmm... camner ni. Risau tau.
Semoga lepas ni Ayra akan adopt dengan timing yang betul
Rasanya dia tertukar tu waktu siang vs malam




SOHO dah ada pokok hijau.
Kasik semangat sikit nak kerja walaupun sehari, dua hari, 3 hari belum tentu naik sini buat kerja!



Target bisnes Dexandra untuk bulan March
Semoga dipermudahkan dan diizinkan!

Target mesti ada walaupun bisnes dah huru-hara sikit hehe
Yang penting, bisnes mesti ada target untuk Team dan diri sendiri


Okey, nanti update lagi, nak buat kerja lain pulak sementara ada peluang buat kerja kat SOHO ni. Gini la kerja dari rumah... hehehe, nak kata susah tak jugak, nak kata senang pun tak jugak. Semoga Allah permudahkanlah. Amin

No comments: