Thursday, March 2, 2017

OCD | Rumah Bersepah Jiwa Kacau

Dulu saya tak tau istilah OCD (Obsessive Compulsive Disorder)
Tapi, yang pasti sejak dari sekolah rendah kot
Saya suka kemas rumah dan hias rumah
Walaupun rumah kampung buruk jer, tapi mesti nak kemas
Suka gubah bunga, susunan kusyen sofa kena kemas
Langsir pun nak terletak cantik jer
Masa tu, geram betul kalau arwah ayah ikat langsir
Dia nak kasik angin masuk, tu dia ikat
Eiii, geram betul... tak suka. hahaha
Dia ikat, saya bukak... saya bukak dia ikat

Pastu, masa duduk rumah sewa di melaka pun sama
Saya selalu jadi tukang sapu lantai
Buang sampah, cuci bilik air, kemas bilik
Kemas bilik ni selalu dengan housemate
Nasib baik dia jenis kemas dan rajin

Bila kat opis dah kerja pun sama
Area workstation saya mesti kena sentiasa kemas
Atas meja pun sama, tak suka sepah-sepah
Bizi macam mana pun, mesti kemas
Kalau sebatang pen yang saya tak guna masa tu
Mesti saya masukkan terus dalam mug bekas stationary
Bila nak guna, baru ambik semula

File-file atas meja dan kertas-kertas, juga buku pun sama
Kena letak elok-elok.
Mana nak guna jer atas meja, lepas tu simpan
Dalam seminggu, saya mesti buat 'filing' documents & letters
Tak suka berlonggok atas meja atau IN/OUT/KIV tray
Mana-mana yang dah tak perlu, segera saya buang dlm tong sampah

Bila dalam suasana yang kemas, cantik dan bersih
Baru jiwa saya tenang dan rasa selesa nak buat kerja

Jika ada benda sikit jer senget atau tak berada pada kedudukan
Saya akan rasa fikir dan terbayang benda tu jer
Contoh jika kedudukan throw kusyen tak seperti saya letak asalnya
Sakit jer mata ni nengok
Sampailah saya pegi betulkan semula, baru tenang jiwa ni

Ohhh... OCD!
Penat jugak.
Tapi, saya rasa saya ni takder la teruk sangat
Sebenarnya saya lebih concern pada kekemasan susun atur
Sebab takder la tahap kalau hanger nak semua sama kaler
Kalau susun baju dan ikut kaler jugak
Atau kain senget sikit kat rak pun takle
Uikss...syukur tak sampai tahap tu

Sebab tu laaaa
Sekarang ni saya serabut sangat rasanya
Bukan sebab dalam pantang atau ada baby
Tapi... sebab rumah bersepahhhhh!

Dari beranda, ruang tamu, dapur dan 2 bilik bersepah
Bilik SOHO saya jer kemas sebab saya kemaskan jugak
Sebab kalau tak kemaskan, korang tak dapat la baca entry ni
Saya takleh buat kerja dalam keadaan bersepah
Nanti saya stress dan takleh fokus!

Huhuuu... tak sabar nak habis pantang
Dah sihat semula... saya nak all out mengemas rumah
Biarlah buat slow-slow macam cipan jalan pun
Asalkan rumah dapat kemas macam dulu

Sekian
Entry berkaitan stress bila rumah bersepah
Sobbbbsssss!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...